10 Fakta Menarik Striker ‘Banana Kick’ Faiz Subri | Hot FM
Home > #CengginiHaa > 10 Fakta Menarik Striker ‘Banana Kick’ Faiz Subri

10 Fakta Menarik Striker ‘Banana Kick’ Faiz Subri

Sempena dengan pencalonan Faiz Subri untuk Anugerah Puskas FIFA 2016. Kita senaraikan 10 fakta menarik tentang penyerang skuad Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri.

Jangan lupa, ayuh kita sokong & undi Faiz Subri untuk jaringan gol terbaik Anugerah Puskas FIFA 2016, undi disini.

1. Berusia 29 tahun, lahir pada 8 November tahun 1987.

2. Faiz Subri dilahirkan dan dibesarkan di Air Hitam Kedah.

3. Merupakan anak Malaysia pertama berada dalam senarai 10 terakhir Anugerah Puskas FIFA 2016.

4. Faiz merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik.

5. Berjinak-jinak sukan bola speak dengan menyertai skuad remaja Kedah.

6. Mula beraksi di Piala liga FAM pada tahun 2009 bersama Kelab Perlis SK Tambun

7. Pernah menandatangani kontrak bersama kelab-kelab ternama seperti T-Team, Kuala Terengganu, Terengganu & Kelantan sebelum menyertai Pulau Pinang.

8. Boleh bermain di posisi ’Attacking midfielder’, ‘striker’ dan ‘winger selain mempunyai kelebihan tendangan tepat.

9. Fenomena jaringan gol ‘Banana Kick’ mendapat perhatian & liputan meluas daripada media antarabangsa antaranya Independent, Sydney Morning Herald, 101goals dan SB Nation.

10. Laman berita Mirror UK menyifatkan jaringan gol Faiz Subri telah meemadam rekod jaringan gol ‘Banana Kick’ lagenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos.

You may also like
Kucing Di Pejabat Mampu Hilangkan Stress?
“Om Telolet Om” Tu Apa Ek?!
Coldplay Tolong Peminat Lamar Kekasih
Lelaki ‘Lamar’ Aplikasi Muzik Dapat Reply Paling Win!