Aizat Nak Kolaborasi Dengan Ed Sheeran? | Hot FM
Home > Pena Hot > Hiburan > Aizat Nak Kolaborasi Dengan Ed Sheeran?

Aizat Nak Kolaborasi Dengan Ed Sheeran?

Setelah l0 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air dengan pelbagai trofi serta pengiktirafan yang diterima. Penyanyi & pencipta lagu Aizat Amdan juga mempunyai impian untuk melanjutkan kariernya ke pasaran antarabangsa sama seperti penyanyi tempatan, Yuna.

Berkata kepada BH Online, “Saya ingin mengembangkan kerjaya sebagai penyanyi dan penulis lagu. “Bersama syarikat produksi, Kasi Gegar Entertainment (KGE), saya mahu mencipta lebih banyak lagu. Bukan saja dalam negara, malah memasarkan karya ke pasaran luar. ”

 

Ingin berkolaborasi dengan Ed Sheeran

“Jika diberi peluang, saya mahu bekerjasama dengan Ed Sheeran. Bagi saya, dia penyanyi yang bijak dan fokus dalam muzik. “Sheeran bukan saja menyanyi, malah dia adalah komposer yang hebat dan mencipta lagu untuk penyanyi antarabangsa lain,” kata pelantun yang muncul dengan lagu terbaharu “Jangan Menangis”

Apa-apa pun yang diceburi oleh Aizat Amdan, kami pasti Aizat berjaya hasilkan sesuatu yang bermutu. Good luck Aizat!.

Sumber: BHOnline