ADA APA DENGAN RAMBUT?

Assalamualaikum. Amacam semua? Ada sihat? Buatpe hujung minggu baru-baru ni? Wah poket dah penuh masuk gaji mesti happy gile kan. Saya ni plak dah bayar semua bil tengok tengok gaji dah nak habis dah. WAAARGGH!!!! Sedih gile…
Ni nak tanye sikit ni, bila agaknye kali terakhir korang semua tukar style rambut? Perasan tak kadang-kadang kita dah terbiasa dengan style rambut yang kita rasa nampak OK kat kita, sampai kita berzaman-zaman simpan gaya rambut yang sama. Tapi ada gak yang teringin sangat nak try style baru, tapi mungkin pasal tak sesuai dengan profesion atau takut nak cuba, kita lupakan je niat tu.
 
Saya ingat lagi masa sekolah dulu, teringin sangat nak simpan rambut panjang belah tengah. Ala panjang pun tak la panjang mana, masa tu kan Backstreet Boys tengah popular, haha. Apa lagi, nak tiru rambut Nick Carter la, haha. Tapi memandangkan masa sekolah dulu rambut bahagian depan takleh lebih dari bulu kening bila tarik, bahagian belakang plak tak boleh lebih sampai cecah kolar baju. Terpaksala saya lupakan je niat tu. Masa masuk UiTM ingatkan boleh la cuba. Hmph! Hampeh, sama je strict dia macam sekolah dulu. Walaupun dah remaja terasa macam budak-budak plak. Padahal bukan ekstrem pun rambut tu.
 
So bila dah start kerja je, apa lagi. Simpan ar rambut tu. Malangnye, masa tu plak style tu dah tak stylo dah, haha. Nasib baik la masa photoshoot Hotfm mula mulaaaa dulu ada stylist. Pastu plak masa shoot untuk CLEO eligible bachelor tu, saya jumpa stylist yang betul-betul tau apa yang saya nak. So saya simpan la gaya yang sama sampai sebulan lepas.

Tapi simpan rambut panjang (bagi standard lelaki la) ni susah sebenarnya. Kalau malas nak pakai gel, sure serabai. Dahla rambut saya keras, susah nak buat. Dahala keras, tebal plak tu. Senang sangat nak berpeluh. Bila ada photoshoot ke, shooting ke memang ar rasa seronok ada oranng buatkan, tapi bila keluar saje2 tu ingat nak style sendiri?! HAMPEH! Malas nak berejam depan cermin. So solution yang paling senang, TOPI je la, haha….
So masa saya bercuti baru-baru ni rasa macam nak buat perubahan pasal rasa rimas sangat dengan rambut masa tu. So dengan buat-buat berani nye mintakla potong pendek. Masa tu rasa, YA ALLAH! Sayangnya rambut!!!!! Sedih pun ada, takut pun ada. MASA TU LA SAYA TAHU PERASAAN TENGOK ORANG NANGIS-NANGIS BILA RAMBUT PANJANG DIAORANG KENA POTONG, INGATKAN LELAKI OK..haha…tapi bukan masalah lelaki ke pompuan, perasaan sayang pasal simpan rambut tu selama ni tu yang buat sedih.
  
So masa mula-mula abis potong tu rasa kepala macam ringan gile, macam terapung, haha. Rasa gonjeng je…pastu plak minggu lepas saya pergi warnakan supaya nampak sikit tekstur dia, haha. Orang cakap nampak ok…entahla, haha…ok ke?
P/S: Sabtu ni jangan lupa datang Piazza – THE CURVE, damansara ek. Ala seberang Ikano kat Ikea tu. Ada pelancaran iTalk Buddy TM dengan saya, Anne, Fbi, Fafau dari 10 pagi sampai malam konsert dengan AHLI FIQIR. Saya dengan Anne siap buat HOTFM KORNER ‘LIVE’ lagi dari pukul 12 sampai 4 petang. Datang ek? Boleh On Air sama-sama =)
|