ADA APA DENGAN iTalk BUDDY?
Dah puas main bowling malam sebelum tu, esoknya plak saya, FBI, Anne, dengan Fafau diminta untuk emcee kan pelancaran iTalk buddy kat Piazza The Curve Damansara. Sebenarnya duta sebenar dia Fafau dengan FBI, kitaorang tolong-tolong je untuk shift malam pasal benda tu dari 10pagi sampai le 10 malam. Group Tua (haha) buat dari tengahari sampai pukul 6 lebih, lepas tu plak saya dengan Anne ganti sampai kul 10. Malam tu plak ada AHli Fiqir, so memang lebih kurang macam konsert la..haha
 
Tapi yang bestnya malam tu selain dari orang yang datang tengok kitaorang (Dayah dengan Mai and da gang pun ada), ialah MOJI! Apa itu Moji? Haaa….binatang ni, comel kan? Teringat kat arwah kucing saya dulu. Moji ni sebenarnya mascot iTalk Buddy ni. Kalau beli iTalk ni kita boleh bela dia macam ‘Tamagotchi’ dulu kat screen PC kita. Ingat tak Tamagotchi dulu kena bagi makan, minum, tidur semua..lebih kurang macam bela kucing la, cuma secara virtual je, hehe…

Tapi yang bestnya Moji versi mascot masa launching tu. Nampak comel je bila jalan-jalan kat The Curve tu hari tu. Cuma tengok video saya ambik disebalik tabir ni…
 
Anyways, hidup TM sokong Menu Muzik HotfFM!!! =)
|