Ke Laman Utama
Blog Fiq
Hot Stesen - Blog Penyampai - Fiq  

 

ADA APA DENGAN ALYN KAHWIN?

Allloooooooooooooooooooooooooooooooo……….hehe.



Sengal sket ari ni. Sihat? Uish…tak sangka betul kawan saya sama-sama belajar kat UiTM dulu, lepas sorang..sorang kahwin. Saya rasa setakat ni ada la lebih 10 orang yang dirikan rumahtangga. Tapi ada yang sebaya macam saya, ada yang dah tua sikit. Tapi bila tengok member-member sama-sama ‘siapkan assignment’ dulu dah ‘siapkan pelamin’, rasa kelako gak. Tapi saya tahu yang jodoh semua ni memang tulisan hidup masing-masing. Kalau dah jumpa yang sesuai tu, apa lagi, redah je la kan..haha..takut-takut nanti, melepasssss!!!!!

Tapi kahwin ni bukan senang kan. bukan setakat saja-saja je nak bersama. Mestila prepare dari segi fizikal, mental, agama, duit…kalau tak mesti susah nak bahagia. Iyela, sapa nak kahwin cerai kahwin cerai kan? Jadi kena la buat homework analyze balik apa priority hidup kita yang sebenarnya setakat ni..Kerjaya/duit? Keluarga? Nak mulakan keluarga? Lepas tu baru la kita boleh focus nak halakan ke mana, btol tak?

Tapi baru-baru ni seronok bila tengok kawan saya Alyn dah kahwin. Alyn ni dengan saya waktu diploma dulu satu kelas kat UiTM. So bila dia dah kahwin tu mestila jemput kawan-kawan sama belajar dulu. Wah best betul, dah jadi macam reunion plak. Dapat jumpa balik member-member yang ada tu dah 2 tahun tak jumpa macam Rais, Fakhruddin (Barney the purple dinasour), Anis (suka sangat buang air besar masa belajar dulu), Idir (jepun sesat). Idir ni dulu masa UiTM roommate saya dengan Shah, tapi Shah tak dapat datang hari tu. Yang penting ada 2 tu dah siap bawak pasangan masing-masing, bila turn nak kahwin tu tak taula. Saya plak datang dengan Fidzah dan Antashah, pun member masa belajar dulu, tapi kitaorang memang selalu jumpa.

So banyak la gossip-gosip hangat melanda hari tu, korek masing masing punya cerita. Tengah elok punya borak-borak baru perasan, la…..lupa nak beli hadiah kat Alyn! Haha….takpela, nanti beli masa baby lahir ek? Hehe…

Anyways Alyn dan Zul..SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT


 
Dihantar: 22 Ogos 2007