Ke Laman Utama
Blog Fiq
Hot Stesen - Blog Penyampai - Fiq  

 

ADA APA DENGAN BINTANG KECIL?

Perasan tak kita ni selalu sangat kerja, kerja, kerja…hidup sebagai orang dewasa sampai kadang-kadang kita rindu hidup macam zaman sekolah-sekolah dulu. Semuanya macam simple je kan? Tahu pergi sekolah, balik tengok TV, lepas tu buat homework, makan dengan family, kadang-kadang pergi holiday. Tak payah nak fikir pasal bil-bil ke. Pasal kerja ke…hmmm...best kan? Tapi tak best gak kalau takde duit sendiri, haha…

Baru-baru ni kat KL tower saya dengan Ikhwan diajak untuk event Bintang Kecil. Wah best gak dapat lepak dengan adik-adik kita antara darjah satu sampai form 1 ni. Ingatkan beramah-mesra je. Tapi macam hari sukan pun ada rupanya. Kitaorang kena main game macam tiup belon sampai pecah, pas getah pakai lidi, hehe, game-game macam family day masa sekolah rendah dulu…

Tapi bila dah habis tu fuh! Berpeluh-peluh! Tak payah pergi gym, main game budak-budak pun boleh berpeluh-peluh, haha. Tapi best sangat. Tak sangka plak kat KL tower ni pun ada kawasan macam hutan ek, tempat kitaorang main tu.

Adik-adik TEAM 5, team saya yang HOT hari tu, jangan lupa email abang Fiqrie ek? Bintang kecil plak…TIMA KASEH!!

Email abang: fiqrie@hotfm.com.my


 
Dihantar: 24 Ogos 2007