Ke Laman Utama
Blog Fiqrie
Hot Stesen - Blog Penyampai - Fiqrie  

ADA APA DENGAN HARI KITA TERJADI
(HARIJADI LA TU…) ?

Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to you….Happy birthday to youuuuuuuuu….

Assalamualaikum semua! Haa…mesti ada diantara korang semua yang sambut harijadi minggu ni? Selamat hari jadi saya ucapkan. Apa resolusi dah meningkat satu lagi angka dalam umur ni? Mesti nak hidup yang lagi baik kan? Iyela sape tak nak kan, tapi cakap memang la senang. Pasal kadang- kadang tu lain yang plan, lain plak yang jadi kan. Tapi Insyallah semua yang berlaku tu ada hikmah. Dan Insyallah, yang penting kalau kita buat baik, yang baik jugak lah yang kan datang kat kita. Pasal dalam dunia ni kan sebenarnya banyak yang dengki, jahat, dan sentiasa tunggu peluang nak jatuhkan kita. Tapi ALLAH tu maha mengetahui, pasti tak aman orang yang macam tu kan? Dan semoga insyallah tuhan buka hati oranng-orang macam tu suatu hari nanti…

Apa-apa pun tahniah kat Maida, salah sorang warga HOTFM sorang nih. Kalau nak tahu, Maida ni la yang handle semua contest kat Hot ni..sama-sama dengan Effa. Tapi Maida ni handle pemenang, so kalau nak ambik duit Kucar-Kacir, tiket wayang, tiket konsert, CD free…Hah!…MAIDA la nama yang kena seru! Haha…

Hari tu kitaorang semua yang rapat dengan dia sambut birthday aka lunch kat Nandos. Saya pun tak tahu sampai last minute bila carik member pergi lunch, hehe. Kalau nak tahu kan? Maida ni very soft spoken, tak kecoh-kecoh, ayu je…tapi buat kerja memang efficient. Dia ni pun grad UiTM mass com gak senior saya, so serumpun la. Ok Maida once again…HAPPY BIRTHDAY! Sori belanja makan ayam je…tahun depan makan kerbau plak ek :-D

 
Dihantar: 29 Ogos 2007