ADA APA DENGAN HARI RAYA PERTAMA?

Assalamualaikum semua! Hmm..dah dekat seminggu bulan Syawal habis. Amacam, ada lagi jemputan rumah terbuka ke? HAH! Ada lagi!!! Cayalah! Okla seperti yang dijanjikan saya nak bagitau cerita pasal raya hari tu. Ala, bukannya menarik sangat pun. Tapi memandangkan banyak yang dah tanya…apa salahnya cerita ya tak?
Okla, malam sebelum raya tu macam biasa la..habis je semua kerja yang tertangguh tu..dalam pukul 10 malam terus gerak balik Sepang, rumah family. Tak buat apa-apapun bila sampai, semua benda mama saya yang efisyen ni dah buat. Apa lagi, terkam dulu baling kuih raya, hehe…mama saya buat kuih tart nenas, kuih bangkit, biskut arab, yang lain semua kuih tunjuk-tunjuk..heheh, kantoi mama! Tapi yang bestnya tak macam kebanyakan rumah lain yang buat kuih je, mama saya buat specialty dia, roll tapak kuda…FUH! Memang terangkat wa cakap lu!! Kek tu dia lapikkan dalam 3 kali, pastu antara lapisan tu ada coklat nutella…FUH! Kalau makan masa cair lagi sedap! Tengokla tu, siap posing lagi! Nak mintak resepi?
Hehe…saya pun tak tahu…

Pagi raya tu plak biasa la bersalam-salaman, nangis-nangis macam cerekarama sikit (kakak dengan mama saya je la). Lepas tu gelak-gelak balik, buat silap balik, huhu. Memandangkan ini tahun pertama saya dapat beraya bila dah bekerja, terasa la macam nak sumbangkan sikit kat family. Tapi rasa macam bagi duit raya dah cliché sangat, so saya fikir nape tak saya belikan je barang yang saya rasa sesuai untuk diaorang. Kalau tipu harga pun, kalau diarang tak check Insyallah tak tahu, haha, boleh ‘UP’ harga sebenar dia denngar macam mahal sket!




So bermula, sesi bagi hadiah. Tengok la tu, macam upacara bagi cheque plak. Semua dapat dari anak buah saya sampaila ke mak dengan ayah dia. Untuk saya? Huhu….takde apa2…takpela, tengok diaorang senyum pun dah cukup. Saya percaya Insyallah, kalau kita tak kedekut dengan family, Insyallah Allah takkan kedekut dengan kita. Mama saya selalu bagi contoh macam Siti Nurhaliza tu, murah rezeki dia kan?
Lepas tu plak YAY!!!! Sesi makan!!!!! Ha, ni la koleksi kek yang mama saya buat.
Kalau orang lain bila raya kaya perabot baru, umah saya kaya kek je, hehe.


Lepas dah habis sesi tu tunggu plak orang datang rumah sampai Zohor. Sambil tu cepat-cepatla saya masukkan duit dalam sampul. Budget tak banyak pun, almaklumlah, budak-budak tak bley pegang duit banyak-banyak, haha. Kena ingat tu pesan Haji Bakhil. Kalau hidup lagi sure dah jadi jutawan.


Pastu macam biasa la, pergi beraya kat rumah sedara-mara kat Kampung Pandan dulu.
api yang bestnya masa raya kedua tu, ada balik Melaka…ha!!! Blog lepas ni la ek? Penat dah type…