ALLADIN – SATU KESAN ABADI
Salam buat semua!! Alhamdulillah… FBI dapat bertugas kembali lepas mengalami minggu-minggu yang menyesakkan sebab terlibat dalam pementasan teater Kanak-Kanak ALLADIN di Istana Budaya.
Sebenarnya bila berakhir je pementasan, tiba-tiba hati ni bercampur aduk rasa lega, gembira, terharu, sedih dan macam-macam. Gembira dan lega sebab dapat melaluinya dan ini merupakan lakonan pertama FBI. Sedih dan terharu mengenangkan saat-saat pahit manis sepanjang latihan dan pementasan.
Walaupun tempohnya tak lah lama sangat tapi FBI takkan dapat lupakan segala-gala yang dilalui..( sorry la sentimental sikit huhu)

Dengan adik-adik yang seramai 60 orang. Yang mana semuanya berbakat belaka!! Kalau tidak takkan diorang boleh terpilih daripada ratusan yang datang ujibakat. I miss u all…!!
Tenaga pengajar yang sangat hebat termasuk pengarahnya NORZIZI ZULKAFLI.
Jadi FBI nak ucapkan terima kasih teramat sangat kepada ISTANA BUDAYA yang telah memberikan peluang cukup tak ternilai untuk FBI beraksi di atas pentas yang gah tu.
Tak lupa kepada koreografer A. ARIS A. KADIR, IZAT, ABANG MIE, ABANG NASH (make up), LILY, FIZA (costume), WAN dan NOR (selalu jadi peneman FBI makan), AMINAH RAPOR (penulis skrip) , PAK NGAH (pengarah muzik) dan semua2nya yang FBI tak sempat nak tulis kat sini. Kat bahagian Audio, Lighting, macam-macam bahagian lagi.
Terima kasih banyak-banyak dan “please keep in touch”.
Juga kepada pihak media yang bagi liputan kepada ALLADIN malah ada jugak yang bagi kritikan serta pujian kepada FBI.
Malam terakhir 18 Disember lepas, PAK NGAH cakap kat FBI “Faizal, kau memang berbakat besar dan kau beruntung dapat berlakon untuk kali pertama dengan produksi yang betul”
Terima kasih ISTANA BUDAYA… Panjang umur jumpa lagi…