Ke Laman Utama
Blog Fiq
Hot Stesen - Blog Penyampai - Fiq  

Dihantar: 27 Disember 2007

ADA APA DENGAN WARLORDS?

Allo! Haa…sambung balik cerita semalam. Fuh, masa kat Pavilion tu memang terkejar-kejar ar.
Sambil pergi opening kedai beg tu, saya dengan Tini pun ‘ditugaskan’ gak gi premiere movie Warlords.

Fuiyooo!!! Kalau tak tengok memang rugi ar! Movie ni mula-mula saya ingat macam movie perang-perang yang lain.
Iyela yang stok bunuh-bunuh, pancung semua. Mula-mula tu boring gak. Iyela, kita nak movie yang ada ‘Soul’, bukannya yang penuh aksi je kan? rasa kosong la kalau macam tu.

Tapi bila dah dekat tengah-tengah tu barula masuk jalan cerita sebenar tu. Apa yang saya boleh cakap pasal filem termahal asia tahun ni? Pergila tengok memang tak rugi. Pengajaran yang saya dapat? BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH…ewah! Macam karangan UPSR plak :-p

Yang bestnya, lepas dah abis semua kitaorang melantak tak ingat nye…YESS!!! Aktiviti paling best!!!!


Dihantar: 27 Disember 2007