Hey Hey
Tak sampai seminggu kitaorg balik dari Bali, kitaorg kena terbang lagi.
Kali ini ke Sabah dan Sarawak. Kitaorg bertolak ke KK hari Sabtu pagi2 lagi.
Call time di ofis ialah 5.30 am, tapi tepat 5.30 Mr Alex kejutkan ZUra. Tu pun setelah dia call 3 kali baru tersedar.
Alamak!!!
Macam mana ni?!! Mujurlah house mate ZUra ada kat rumah hari tu, terus ZUra kejutkan dia dan dia la yg menghantar ke airport. Terima kasih Mimie.. sampai jer kat airport, muka masing2 toya sebab tak cukup tidur.. tapi nasib baik la tak termissed flight.
Sampai di KK, kitaorg rehat sekejap kat hotel, pastu terus bergegas ke Palm Square.
Sampai2 jer kat sana kitaorg ni macam artis terhangat di pasaran. Mana tidaknya, bila org2 KK nampak jer kitaorg turun dari tangga diaorg menjerit bagai nak rak. Bagaikan hysteria, padahal kitaorg ni penyampai radio jer.
Apapun TERIMA KASIH BANYAK BANYAK PADA ORANG KK yang cukup hangat dan sporting pada hari Sabtu lepas.
Seronok sangat bersama dgn kalian. Insya Allah, kita jumpa lagi ye.
So, inilah antara yang datang.







