Ada apa dengan Indonesia? (Part 4)
Haaa..satu lagi yang kalau korang nak tau pasal makanan kat Indonesia ni, KFC dia ada nasi! Hehe..tengok la ni, kalau delivery siap ada sebungkus lagi. Pastu plak siap ada pegedel lagi!

Tapi kalau dah sampai Jakarta plak, memang tak sah kalau tak pergi Kemang Foodfest, kira macam Hartamas Square la. Makanan kat sini walaupun pelik pelik, tapi sedap. Tengok ni, kalau kat Malaysia takde de saya nak makan kaki ayam, kat sana orang panggil CAKAR AYAM. Tapi dah sampai sini, cuba…alamak! Sedap la plak

Kat Kemang ni gak boleh jumpa artis-artis Indonesia yang terkenal macam Dian Sastro, Samuel Rizal..masa saya pergi tu ada Titi Kamal..tapi seganla plak nak minta bergambar..
Dan yang best masa kat sini, dapat jumpa kumpulan G-18!!!! Diaorang ni dah berzaman tak jumpa sejak Gangstarz habis. Rupanya-rupanya masing-masing show kat sini kencang! Tiap-tiap minggu ada..loaded abis! Alhamdulillah..tu orang kata lain orang lain rezeki, walaupun tak masuk top 3 gangstarz, rezeki tu dah sedia menanti kat negara sendiri.

Kalau dah jumpa tu apa lagi, borak sampai pukul 3 pagi! Dahla masa tu hujan lebat gila, siap banjir banjir lagi