Ke Laman Utama
Blog Faizal
Hot Stesen - Blog Penyampai - Faizal  

Dihantar: 12 Februari 2008

Salam semua!!

Ya…ya… FBI faham ramai yang tarik muka masam sebab dah lama FBI tak update blog… ampun maaf dipinta.. mencuci hening dosa… okay, okay.. sebenarnya… ada sebab… (harap2 korang terimalah alasan ku ini)

Puncanya… Selepas AJL 22, FBI berpindah ke rumah baru. Dan disebabkan tu jugak, FBI terpaksa menghentikan perkhidmatan STREAMYX buat sementara waktu.

Kalau tidak, camner nak pindah kan?? so, dalam tempoh tu jugak sibuk angkat barang, ulang alik rumah lama ke rumah baru. Sebab tu FBI ambik cuti seminggu hari tu… dan lepas tu, bila semuanya dah stabil, barulah FBI sambung balik Streamyx dan hoooraaayy!!

Barulah terasa berada dalam dunia sebenar! Maklumlah zaman sekarang kalau tak de internet tu maknanya dah macam duduk bawah tempurung. Dalam tempoh tak de internet tu dah rasa rimas, resah, gelisah, macam kucing nak beranak kembar…

So.. bila dah ada balik … fuuuh leganya.. barulah boleh dapat update blog ni untuk semua… so, itulah yang berlaku sebenarnya… lepas ni, baru FBI boleh cerita balik lah story2 yang terlepas tu kay.. so tungguuu… tapi kan.. ada satu lagi sebab FBI tak dapat nak update blog cepat2 walaupun dah pasang balik Streamyx…. Sebabnya … ada yang lebih sibuk daripada FBI… sibuk main game!!!

            

Join EJEN FBI. Log on to :  www.faizalismail.proboards81.com
Myspace    :    www.myspace.com/faizalismail
Email     : faizalfbi@yahoo.com


Dihantar: 12 Februari 2008