Ke Laman Utama
Blog Faizal
Hot Stesen - Blog Penyampai - Faizal  

Dihantar: 18 Februari 2008

Salam Hangat!!

Hari ni FBI janji nak sambung pasal trip ke BALI bersama pemenang-pemenang ITALK. Maklumlah semalam kan cam nak pengsan baru balik.. tapi hari ni selepas beberapa kali pengsan, akhirnya FBI dah segar nak taip blog balik…

Yang ni kira FBI dengan FAFAU yang bangun awal sangat pagi Jumaat tu untuk siaran luar. Siaran tu buat kat sekitar lobi hotel yang kami tinggal sebabnya cuaca pun tak mengizinkan untuk buat betul2 kat luar… yelah, kalau dengar pagi tu, kitorang ada cakap hujan bukan main lebat lagi…!! Tapi kitorang ni agak panik nak mulakan siaran luar tu… maklumlah.. jauh bukan main! Dari Bali ke Malaysia… kaget jugak aku!

Yang dua orang ni kira orang kuat nak memastikan persiapan teknikal semua lancar.. nama diorang SHAZRIL dengan IVAN. Kalau korang dapat dengar dengan jelas siaran pagi tu… haaaa.. kira kejayaan diorang berdualah yang adjust segala-galanya! Fafau dalam foto ni kira penyibuk je.. saja nak tunjuk dia kononnya nak jaga teknikal jugak.. padahal nak on computer pun panggil orang lagi.

Ni kira berapa minit lagi dah nak mula… kira dalam kul 5.54 pagi 58 saat. Kami berdua semakin panic.. dan masing-masing cuba mencari sesuatu untuk mendatangkan confidence… isshh!! Apa Fafau dok korek-korek dalam beg tu??

Owwh… rupanya Fafau ambik lip gloss … mungkin dengan letak lip gloss dia lagi konfiden…
jadi FBI terus teringat kepada sesuatu… yeaah!! Talcum powder ku!!

Sebenarnya yang buat kami nervous dan panic bukannya apa.. bangun pagi tu.. tiba-tiba nampak pulak… kok kok kok!!!
CIK SERAMA HOT FM!! Aaaahhh! Dia ada gak kat Bali niiiii!!! Waduuuh!!

Join EJEN FBI. Log on to :  www.faizalismail.proboards81.com
Myspace    :    www.myspace.com/faizalismail
Email     : faizalfbi@yahoo.com


Dihantar: 18 Februari 2008