Halluuuu...
FF ada bagitahu yang hari ni FF nak citer dengan u siapa DARLING @ NASREEN NGASRI kat u. …..
Pada suatu hari.. heheheh macam pertandingan bercerita la pulek heheh takde la. Kali pertama FF jumpa Darling as in bekerjasama ( jumpa… dah selalu sangat..even dari kecik! Sebb selalu tgk dia dalam TV . dia je tak jumpa FF hehheh ) adalah lebih kurang 4 tahun yang lalu. Masa tu pun FF baru je berkecimpung dalam dunia radio tapi sebagai duta jalanan jea dan masa tu juga berpeluang membintangi sebuah filem bersama Darling – SH3 THE MOVIE.

Hari pertama berjumpa Darling, FF rasa dia ni macam ‘kekwat’ dan feeling diva la sebb diam jea dan duduk menyendiri. Malah nak tergelak apabila FF dapat tahu daripada Darling yang dia pulak ingat FF ni budak teater! Hahahahahha… almaklum la, masa tu belum lagi jadi penyampai radio tapi dia cakap FF macam beria2 masa skrip reading tu, daaaa…. Kita ni tak pernah buat semua tu maka bila diminta buat sesuatu depan orang yang berpengalaman ada la sikit
perasaan nak tunjuk ..’eh, aku pun ada bakat laa’ hahahahha
Dari situ la bermulanya persahabatan antara FF dan Darling. Kami ni kiranya betul2 satu kepala walaupun FF ni tua 3 tahun daripada Darling. Apa yang FF cakap kami ni satu kepala ialah sewaktu shooting kami berdua jarang ‘joint’ mereka yang duduk dan bergosip2..kami lebih banyak menghabiskan masa membaca di satu sudut berdua..minat pada jenis buku pun sama BIOGRAPHY..kami lebih banyak bercerita ttg kerja2 yang berkaitan dengan apa yang kami belajar..even, sampaikan adakalanya kami keluar berdua dan terserempak dengan seorang pelakon, pasti dia merungut kenapa tak ajak dia sekali? Huuh bukan tak nak ajak tapi kalau ajak mesti tanya..’errr..kita keluar kata mana yea? Makan apa yea nanti? Ramai tak orang? Mmm nanti saya takut tak selesa la sbb ramai sangat’ ayoooo.. sebb2 itulah kami suka keluar berdua sbb kami tak piker semua tu! Kita berdua sempoi jea..chop! FF tak tipu tapi itulah FF dan Darling.


Darling juga banyak support aktiviti FF dan FF pun kadang2 TERpaksa buat benda yang sama hehehe bukan apa, kalau u perasan sejak kali pertama FF melibatkan diri dalam ABP Darling yang banyak membantu. Tak kira la dari segi pakaian dan makeup. Yea la FF masih baru dan mentah dan hampir melatah dalam dunia hiburan ni. Pada FF , si Darling ni seorang wanita yang terperangkap didalam sebuah tubuh budak kecik yang berusia awal 20an. Sebb? Setiap kali bercakap apa2 yang berkaitan pasal kerja mesti dia ni macam kena rasuk dengan JIN KERJA! Hahahah.. boleh tak berhentila..setiap kata, setiap idea, cara komunikasi bagaikan orang yang lebih tua daripada FF. helloo.. u patut tahu la kan kenapa dia jadi macam tu.. huhu bukan kena rasuk tapi dari mana dia dapat idea yang banyak2 tu. Pendedahan dan kesedaran dari awal penglibatan darlam dunia hiburan tanah air dan lakonan memberikan si kenit tu kelebihan yang jarang orang dapat dan HARGAI dan GUNAKAN! U pernah ke dengar Darling ataupun adik beradik nya mendapat liputan luas hanya kerana gosip2 liar? Rasanya macam takdekan? Kenapa ? sebb mereka memang serius dalam bidang lakonan dan bukan utk tujuan lain. Kalau u tak percaya jugak..cuba buat2 dengar balik panggilan hangit yang FF buat pada Darling..


Malah Darling dan Anne adalah adik beradik yang mengajar FF apa itu maksud PLASTIK dalam dunia hiburan.
U nak tahu tak yang FF pernah kena marah dengan Darling sbb percayakan sgt selebriti yang nak ambik kesempatan dengan FF semata2 FF ni penyampai radio. Kononnya kalau dia kawan dengan FF, lagu2 nya akan selalu keluar kat radio la huhuh.. mula2 FF mara dia balik tapi bila kebenaran tu dah kat depan mata maka FF tahu.. Darling memang ikhlas dalam persahabatn. Hehehehhehe… FF ni la tempat dia mengadu nasib ttg ‘abang’ kalau2 ada masalah dan sama juga la dengan FF. kiranya kami berdua merupakan penyimpan mohor besar rahsia masing! Dan andai kata satu hari nanti kami tak kawan,
FF tahu rahsia LAMA FF takkan diketahui umum. Itulah Darling.

Kadang2 FF sendiri banyak belajar daripada Darling. Kalau u nak tahu, apa yang Darling ada sekarang adalah apa yang FF nak jadi sewaktu FF dah mula pasang cita2 dalam diri utk menjadi seorang producer sewaktu umur FF 17tahun. Alih2 dia dah ada semua tu dalam usia yang..lebih muda daripada FF! hahahahha.. den dah tuo ghuponyo.
Next blog FF cakap pasal NASREENs PICTURES dan FAFAU ENTERTAINMENT..
LAYANNNN =)