ADA APA DENGAN BERKELAH?
Assalamualaikum! Waduh waduh! Rasanya dah lama tak bersua ya.
Almaklumlah, dah hamper 3 minggu kerja non-stop. 2 weekend lepas mini jam, pastu weekend seterusnya Jom Heboh Perlis…FUH! Sape kata kerja jadi DJ senang? Haha…cuba fikir balik.
Tapi dalam sibuk-sibuk tu orang kata family jangan lupa, betul tak? Baru-baru ni saya buat kerja yang dekat 3 tahun tak buat…pergi berkelah, haha. Ni semua kakak saya la punya idea ni. Dia memang selalu singgah PD tu. So memandangkan saya sempat ikut, terjah je la sekali dengan adik saya, mama, abang ipar saya, mak dia dengan Dina sekali.

Tapi faham-fahamla, orang Melayu ni pergi berkelah mandi nye tak sangat, sediakan makanan yang lebih, haha. So hari tu kenyang gile ar perut makan nasi lemak je 4 kali, pastu kitaorang buat BBQ ayam, hot dog, kambing…masuk laut sure tenggelam, haha.

Dina macam biasala, dialah yang paling enjoy. Tahu tak dia takut pijak pasir, rasa geli, haha.
Tapi akhirnya tengok ni, kitaorang ramai-ramai tangkap dia tanam dalam pasir.
