Ke Laman Utama
Blog Azura
Hot Stesen - Blog Penyampai - Azura  

Dihantar: 26 Mei 2008


Hey hey..



Assalamualaikum semua.. rupa2nya AZura ni masih lagi wujud di ruangan blog ni ye? Kikikikiki.. maklumlah dah agak lama tak update blog sampaikan dapat memo dari boss. Bukan itu saja, ada juga yg hantar email tanya mana aktiviti atau cerita baru dari ZUra? Alahai.. sweetnya u all ni sebab ingat jugak ZUra yang tak seberapa ni.

Ok la ok la.. first of all sorry banyak2 sebab dah lama tak spend time dgn u untuk update aktiviti ZUra. Bukan sengaja tapi memang timing sekarang ni very limited. Betul… tak tipu..

Last 2 weeks, Boss Kecik was on leave. So banyak jugak kerja yg perlu ZUra follow up. Schedulling, recording, meeting etc.. dalam pada tu jugak sibuk arrangekan trip ke Jakarta dgn Anne. Tu pun banyak Anne yg tolong. Tq Anne.. we did it even though ada yg tak puas hati.. Lepas tu kelam kabut jugak dengan my big day nanti. Banyak benda la yg ZUra kena uruskan. Semuanya Sendirian Berhad ok..

Dalam pada tu jugak masa kat Jakarta ZUra telah lalui perkara yang mendamaikan, menyenangkan, menyedihkan, bengang, geram etc.. positif atau negative semuanya terukir indah di minda ku yg sentiasa penuh ni. Sekurang2nya ZUra kutip pengalaman ni to improve my life in the future. Bila difikirkan perkara yang menyenangkan, mendamaikan, menggembirakan.. memang sangat2 indah dan kenangan2 ni akan terus segar di hati dan memori ZUra. Terima kasih pada individu yang memberi kegembiraan dan keceriaan pada ZUra dan Anne masa kat sana. Perkara yang sebaliknya; maksudnya di sini yang membuatkan ZUra terbakar hati, bengang, sakit hati dan sebagainya ZUra anggap ianya lumrah kehidupan. Semua ini nak tak nak perlu kita hadapi. Kita diuji macam mana kita selesaikan sesuatu perkara dengan akal dan bukan perasaan.

Masa kat sana jugak ZUra tengok ada demonstrasi jalanan mengenai kenaikan harga petrol. Ianya demonstrasi aman. Di Negara kita pun berlaku jugak yg mana pada ZUra it’s fine. Itu cara untuk menyuarakan apa yg terbuku tapi dengan cara yg selamat.

Buat pertama kalinya juga, ZUra di Jakarta ZUra dapat tengok konsert. Konsert VINA PANDUWINATA. Rasanya u dah baca tentang ini melalui blog Anne. Satu pengalaman yg cukup bermakna buat 2 lemot ini. Kalau ada konsert yg lain sama ada dalam dan luar Negara, kalau ada duit ada time dan ada rezeki insya Allah ZUra nak pegi tengok la.. kalau u nak join boleh la bagitahu ek…

Ok, ada lagi cerita yg ZUra nak share dgn u tapi di next blog eh. Have fun today.. Tata!!



Dihantar: 26 Mei 2008