Ke Laman Utama
Blog Faizal
Hot Stesen - Blog Penyampai - Faizal  

Dihantar: 19 Jun 2008


Assalammualaikum dan salam hangat!

Sebenarnya, dah lama FBI suruh Kak Lina muncul dalam blog penyampai ni. 
Tapi Kak Lina belum bersedia nak berkongsi pengalaman dan perasaan dengan semua. 
Hari ni hampir dua bulan Adam pergi meninggalkan kami.  Sori, Kak Lina ambil masa yang lama
dan dalam kesempatan ini Kak Lina nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada anda semua
yang menyokong dan memberikan kata-kata semangat buat kami.

Sebagai seorang ibu yang mengandung selama sembilan bulan, bukan mudah untuk Kak Lina
melupakan segala apa yang terjadi sekelip mata.  Masih terasa bagaimana ‘dia’ bergerak di dalam perut,
masih terbayang bagaimana ‘dia’ tersenyum ketika diagah dan masih terdengar bagaimana ‘dia’
menangis ketika ditukarkan lampin….  Segalanya masih segar dan seperti baru berlaku…. 

Berat rasanya dugaan yang diterima ini… Tapi sebagai manusia kita kena redha dan Kak Lina
terima segalanya sebagai suratan takdir.  Bila baca kiriman email dan sms dari anda yang mempunyai
pengalaman yang sama, malah ada yang lebih teruk lagi ujiannya membuatkan Kak Lina tabah. 
Terima kasih sangat-sangat kerana memberikan kekuatan dan membuka mata Kak Lina betapa
berertinya dugaan ini.  Tiada kata-kata terbaik yang boleh menyatakan betapa Kak Lina amat menghargai  
segala perhatian dan sokongan anda semua.  Terima kasih sekali lagi…..

norazlina_ad@yahoo.com

Join EJEN FBI. Log on to :  www.faizalismail.proboards81.com
Myspace    :    www.myspace.com/faizalismail
Email     : faizalfbi@yahoo.com

Dihantar: 19 Jun 2008