Blog AG

Anugerah Juara Lagu ke 26

Aha!!! Assalamualaikum semua.... Tahniah Ag nak ucapkan kepada semua yg terlibat dalam menjayakan AJL26 tahun ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan semua keputusan telah diperolehi. Tak kira lah didepan tabir ke tepi ke belakang ke anda semua telah berjaya. Syabas!!!

Semua dh tahu kan lagu ciptaan Dato M.Nasir dan lirik Budi Hikayat telah menjadi juara menerusi lagu Awan Nano nyanyian Hafiz. Alhamdulillah kemenangan dapat diterima ramai. ag pun banggalah bila dapat menyaksikan live di stadium putra bukit jalil. Secara peribadi Ag pun nak ucapkan tahniah juga kepada Alyah menerusi lagu Kisah Hati. Mmg tbaik persembahan pada malam tu n layak menerima anugerah persembahan terbaik.

Terima kasih gak kat Hafiz kerana meletakkan kepenatanya ke tepi dan datang ke konti Hot FM untuk bersama dgn kami. Apa yg MAHAL bila hafi bawak baju Awan Nano tu...... Bak katahafiz, dia beli baju tu rm 20, tapi sekarang sudah tidak ternilai.

Sekali lagi tahniah untuk AJL26 yg mencatat sejarah penonton 6.5 juta, WOW!!!!

 

daripada AG
  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM AG

TWITTER AG


FACEBOOK AG

LOG IN


Username



Password





Forgot password?