Blog AG

Hari PDRM

Assalamualaikum semua... 25 Mac 2012, adalah tarikh keramat untuk anggota Polis Malaysia yg menyambut satu tarikh bersejarah. 205 tahun berkhidmat dan memberikan jasa kepada rakyat negara Malaysia...

Semasa bersiaran di Nasi Lemak Kopi O, kami diberi peluang memakai uniform Polis sejak selepas perang dunia Pertama yang di pakai oleh Fizo Omar. Zaman sejarah kominis di Bukit Kepong yang di pakai oleh Luqman. Dan Ag sendiri mengenakan uniform Polis yang diperkenalkan pada tahun1974 hingga 1994.

Seperkara lagi tahun 2012 ni pihak PDRM telah memperkenalkan Maskot Polis itu sendiri. Nama maskot itu ialah Harimau Biru. Memang segak betul si maskot ni sebenarnya. Badan besar tu... Macho.

Kepada pihak Polis DiRaja Malaysia, terima kasih diatas segala pengorbanan serta jasa yang kalian berikan. Terima kasih kerana menjaga dan mengharmonikan negara Malaysia. Semoga jasa pengorbanan anda di hargai dan dapat sama2 kita rakyat Malaysia bersatu bersama menjaga keamanan negara kesayangan kita. Malaysia....

 

 

 

daripada AG
  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM AG

TWITTER AG


FACEBOOK AG

LOG IN


Username



Password





Forgot password?