• Hot FM Facebook Hot FM TwitterHot FM FriendsterHot FM Facebook
 
 
26 November 2009  
 
MAKAN MALAM D TEMPAT BARU!


FBI dan family kalau keluar tak de tempat lain mesti pergi 1 Utama atau pun The Curve. Kalau nak makan luar pun kat dua tempat ni je lah. Bukan sebab suka makan luar tapi seronok nak keluar jalan-jalan dengan family. Sampai tak dak idea nak makan apa dan nak pergi mana. Jadi, FBI pun tanya kat Facebook cadangan tempat lepak n makan kat mana yang best yang dekat ngan umah FBI di Bandar Sri Damansara. Kami dicadangkan untuk pergi ke Desa Park City, Kepong.





Memang dekat sangat tempat ni ngan umah FBI.. tapi tak pernah tau pun! Kami terus jatuh cinta ngan tempat ni. Kedai-kedai yang ada menarik, kedai makan pun banyak… Memang best la!



Kami juga dicadangkan untuk makan di salah satu restoran yang ada kat situ…restoran steamboat. Macam menarik. Nak cuba la!







Pilihan set seafood memang banyak… sampai rambang mata nak pilih!



Sian Kayna… mula-mula tu dia makan lambat sikit sebab kuah tom yam dia masih panas. Kayna ni suka tom yam berbanding sup. Dia memang tahan pedas cuma tak tahan panas! Hehe…



Hot! Hot!



Hah, kenyang! Memang best dan Hot tempat ni… Makanan pun sedap! Sekarang FBI dan family dah ada tempat lepak baru. Yeyy!!!
26 November 2009  
 
EVERYONE CONNECTS. NET



Ha, mesti anda semua pernah dengar pasal Everyoneconnects. Net ni kan? Macam pernah dengar tapi apa ya..? Everyoneconnects. Net ni sebenarnya adalah laman web interaktif terbaru daripada TM. Dan apa yg selalu kita dengar ialah lagu terbaru BUNKFACE yg berjudul Thru My Window dipromosikan melalui laman web ni…

Sabtu lepas…FBI diberi peluang mengacarakan kempen Everyone Connects. Net ni di salah satu tempat promosi TM di Berjaya Times Square, KL.





Sesi beramah mesra dengan pengunjung yang datang ke tapak promosi TM.



Aktiviti santai…. ‘Musical chair’. Semua yang ambik bahagian ni, bukan suka-suka saja.. Semua dapat hadiah TM. Tu yang best tu!









Maskot animasi komedi daripada filem Planet 51 pun ada. Maklumlah TM adalah penaja utama filem ini di Malaysia dengan kerjasama United Studios. Lawak sangat tengok telatah adik-adik ni… Memang enjoy!





Maskot daripada filem Upin dan Ipin pun datang jugak! Bestnyer! Betul betul betul.. Bukan maskot filem je yang datang tapi pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Bunkface dan Shila.







Inilah dia pemenang kempen ‘Ganjaran Panggil dan Menang TM’. Masing-masing menerima hadiah utama iaitu sebuah rumah dan kereta. Senang sangat nak masuk contest ni. Ia terbuka kepada semua pelanggan talian tetap TM dan penilaian dibuat mengikut penggunaan bil semasa. Senang kan? Tetiba menang, dapat hadiah! Tahniah kepada pemenang dan kalau anda pun nak jugak, apa lagi… Everyoneconnects. Net!

26 November 2009  
 
TAHNIAH KEPADA FINALIS AJL24!


Salam Hangat semua! Ha, pasti semua dah tahu siapa artis yang layak tuk berentap pada peringkat akhir AJL24 nanti. TAhniah FBI ucapkan kepada artis-artis, komposer-komposer dan penulis lirik semua. Apa? Ada yang tak puas hati lagi? Biasalah tu… Kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang. Tapi, bagi FBI lagu-lagu yang bakal berentap ni memang sengit sebab semuanya best2 dan hebat2 belaka!





Ini gambar FBI dan Cheryl masa minggu kedua Separuh Akhir Muzik-muzik. Black sedang membuat persembahan. Tahniah, Black kerana layak masuk ke peringkat akhir menerusi lagu Aku Cinta Sayang Kamu.



Tengah berlatih skrip ngan Cheryl dan Ezlynn. Minggu ketiga Separuh Akhir Muzik-muzik. Malam penentu bagi lagu-lagu yang layak ke peringkat akhir…



Kasik putih sikit bang… Hehe..





Penonton yang datang pada hari tu memang ramai. Rasanya penonton di rumah pun boleh dengar sorakan dan jeritan para penyokong untuk artis kegemaran mereka. Siap bawak sepanduk lagi. Hangatlah korang!





Jadi, empat belas lagu yang bakal berentap ke peringkat akhir nanti ialah Aurora (Estranged), Bengang (Akim), Aku Skandal (Hujan), Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah), Masih Jelas (Hafiz), Pakai Buang (Stacy), Cinta Adam dan Hawa (Misha Omar), Dan Sebenarnya (Yuna), Bencinta (Faizal Tahir), Aku Rindu Sayang Kamu (Black), Situasi (Bunkface), Rindu Terhenti (Tomok), Kau Aku (Aizat) dan Pergi (Aizat).

Tahniah kepada semua dan jumpa nanti di AJL24!
20 November 2009  
 
SELAMAT HARI JADI ABANG ZUL!!
Assalammualaikum semua… aunty2, uncle2, kakak2, abang2 dan kawan2.  Hari ni Kayna nak menulis.  Bila buka web site Hotfm, Kayna suka baca bahagian blog penyampai.  Kayna paling suka blog Uncle Kieran sebab Uncle Kieran bagi Adam tulis.  Kayna tak pernah pun!  Akhirnya…  Kayna dapat peluang!  Terima kasih, ayah.  Nak cter apa ya?  Ha, Kayna nak cter pasal sambutan Hari Jadi Abang Zul.  Mesti saper2 yang selalu g event Hotfm nampak kelibat Abang Zul ni kan?  Abang Zul ni sebenarnya ‘body guard’ (Kayna je yang panggil dia body guard, hehe…) atau pembantu peribadi bebas.  Sebab tu, kejap dia ikut Aunty Fara… kejap dia ikut ayah Kayna… kejap dia ikut artis sana… artis sini…  Memang dahsyat la Abang Zul ni!  Kalau sesape yang nak guna khidmat dia pun boleh…  Hehe…  (Kayna siap promote Abang Zul ni.  Nanti bagi sikit komisen kat Kayna ye!)

Sebenarnya hari jadi Abang Zul pada 14 November, hari Sabtu.  Kami sambut lewat satu hari sebab bagi peluang kat Abang Zul sambut hari jadi dia bersama keluarga dan girlfriend dia…  oops,  sori… terlepas cakap!  Hehe… saja jer… Ayah, ibu dan Kayna suruh Abang Zul pilih tempat mana yang dia nak pergi sambut Hari Jadi dia.  Special…  Biar Abang Zul pilih sendiri. Kami bawa Abang Zul ke Sunway Piramid. 

Abang Zul teringin nak pergi Restoran Arab.  Ye lah kan, konsep Sunway Piramid yang ala-ala padang pasir… kenalah rasa masakan Arab.  Orait!  Apa saja tuk besday boy!  Hehe…





Abang Zul dan ayah order Nasi Briyani Arab.  Memang rasanya sedap!  Wallahh!!!  Tengok tu, sampai juling mata ayah!  Haha…

Makan pun kena style orang Arab.  Nasi yang dihidangkan banyak sangat tuk satu pinggan.  Terkejut gak tengok.  Boleh habis ke ni?  Jadi Kayna pun buat pertandingan makan antara ayah dan Abang Zul.  Muka masing-masing dah serius nak habiskan nasi. Cuba teka saper menang?  Hehe…



Ingat nak order kek special tuk Abang Zul.  Tapi masing-masing dah tak larat makan.  Apa-apa pun, Selamat Hari Jadi yang ke-25 buat Abang Zul.  Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan cepat kahwin!
19 November 2009  
 
SEHATI SERASI BERSAMA NESCAFE
Pada hari Ahad lepas, 15hb November 2009, FBI dan Tini berkesempatan mengacarakan pertandingan akhir Sehati Serasi Bersama Nescafe di Mydin Mall, USJ.  Ada 5 pasangan berentap pada pusingan akhir ni.  Sehati Serasi menguji sejauh mana anda mengenali pasangan anda.  Memang hangatlah semua pasangan-pasangan ni!



Briefing daripada bos acara, Sol sebelum memulakan majlis.



Tengok tu, bukan peserta Top Five saja yang dapat hadiah… untuk para pengunjung Mydin Mall yang turut serta menyaksikan pertandingan akhir pun disediakan hadiah.  Hadiah merupakan hamper daripada Nescafe, voucher Mydin dan barangan Hotfm.  Rugi la… saper yang tak datang.. (sajer nak bagi korang jeles! Hehe… )



Ramai sangat penonton yang nak memberi sokongan kepada para peserta pilihan mereka.  Memang enjoy la!

Sessi memperkenalkan para peserta…

Pertandingan sudah bermula!  FBI memang seronok mengacarakan pertandingan ni sebab sepanjang acara ni berlangsung, kami semua asyik gelak.  Seronok dengar jawapan dan telatah para peserta bersama pasangan mereka.





Inilah dia peserta yang menang dan menerima hadiah utama iaitu Percutian ke Pangkor Laut 3 hari 2 malam.  Tahniah!  Best wo Pangkor Laut…  Memang sesuai la, nak honey moon buat kali ke dua.  Apa2 pun memang semua peserta hari tu memang sporting habis dan harap2 terus menjadi pasangan Sehati Serasi sampai ke akhir hayat… Amiiin!
18 November 2009  
 
KAYNA BERSERONOK DI DUSUN – BAHAGIAN 2
Salam Hangat semua!  FBI masih hutang satu lagi cerita Kayna berseronok di dusun ni.  Kalau minggu lepas, Kayna banyak menghabiskan masa berlari-lari di sekitar kawasan dusun, tapi minggu ni FBI nak cter apa Kayna dan kawan-kawan dia buat bila hujan turun.  Maklumlah sekarang musim hujan…  tak dapatlah dorang nak main kat luar lagi.  Tapi ada satu aktiviti yang memang enjoy sangat!  Tengok gambar-gambar kat bawah ni…



Inilah dia K Ninie oopss… sori, Dr. Mazni Mohamed dan anaknya, Aqeela. Selaku tuan rumah…  Makan time!  K ninie masak Mee Kari Nyonya.  K Lina dan Kayna beritahu FBI memang SEDAP la mee kari tu.  Eee… jelesnyer!  Tak dapat rasa…



Makan beramai-ramai.  Yang duduk depan K Ninie dan suaminya tu lah ibu bapa Seelan, kawan Haziq…   (bukan Seelan Paul tau.. hehe)

Hujan-hujan pun belasah ais krim!

Ha… cuba teka Kayna n the gang nak buat apa ni?



Karaoke time!  Menyanyi dalam dusun.  Kata K Ninie, bila pokok2 di sekeliling dengar lagu, ia boleh dianggap terapi untuk pokok2 tu cepat membesar dan menghasilkan buah yang banyak!  Tak caya?  BETUL!!!! Maknanya kalau manusia yg terlalu besar tu ada kemungkinan dia dah terlebih dengar muzik… oooopss!  untuk pokok2 tu cepat membesar dan menghasilkan buah yang banyak!  Tak caya?  BETUL!!!! Maknanya kalau manusia yg terlalu besar tu ada kemungkinan dia dah terlebih dengar muzik… oooopss
13 November 2009  
 
KAYNA BERSERONOK DI DUSUN!
Jadual FBI memang padat minggu lepas.  Biasanya kalau FBI sibuk, FBI akan bawa Kayna n K LIna sekali bersama ke tempat yang FBI kena pergi.  Memandangkan Hotfm Mini Jam pada 7hb lepas dibuat di Ipoh, jadi FBI pun bawa anak isteri sekali.  Punyalah happy dorang nak ikut.  Ingatkan nak teman FBI kat konsert, tapi rupanya dorang ada rancangan sendiri…  Kayna n K Lina nak pergi berpoya-poya menghabiskan masa di dusun kawan kami kat Batu Gajah!

Kayna bersama Faqeeha dan Aqeela sempat main hantu2 dalam kereta semasa dalam perjalanan ke dusun.  Sementara menunggu ibu2 membeli barang, inilah keje anak2!





Yey!!!  Dah sampai!  Dusun ni memang besar.  Selain ada pokok buah-buahan, ada kolam ikan gak.  Pemilik dusun bela ikan keli dan talapia.  Tapi memang cantik!  Rugi sangat FBI tak dapat join.  Jeles!







Turun jer keta, bukan main tak sabar semua.  Masing-masing nak panjat pokok rambutan.  Tapi tak boleh sebab banyak kerengga…  lari-lari keliling pokok je la… hik hik..







Selaku tuan rumah, Aqeela dan Faqeeha pun tunjuk la pokok-pokok buah-buahan yang ada di dusun datuk mereka pada Kayna.  Tapi standard la budak perempuan…  pergi dusun macam nak pergi ‘fashion show’!  Bukan main dorang ni bergaya… tengok tu!







Tapi Kayna memang seronok sangat hari tu.  Aqeela darjah empat dan Faqeeha darjah dua.  Tapi dorang memang serasi main bersama berlari-lari sekitar dusun tu…  Teringat pulak zaman kecik-kecik dulu…  hehe…









Yang lelaki duduk kat pokok tu, Haziq ngan kawan dia, Seelan yang pakai topi tu.  Haziq dah tingkatan satu…  tak join ler bebudak perempuan ni main kejar-kejar… hehe…   Nak tau apa aktiviti Kayna ngan kawan-kawan dia?  Tunggu minggu depan ya…

13 November 2009  
 
SEPARUH AKHIR MUZIK2 PERTAMA (BAHAGIAN 2)
Sambung balik citer Separuh Akhir Muzik2 Pertama.  Yang ini plak, Aliyah tengah buat persembahan lagu ‘Tak Mungkin Kerana Sayang’.  Tahniah kepada Aliyah, Ajai selaku pencipta lagu dan Habsah Hassan selaku penulis lirik.  Tak Mungkin Kerana Sayang berjaya masuk ke final!





Nampaknya Mila tak berjaya hingga ke final.  Tapi lagu ‘Gila’ ni pun best jugak kan?  Sama la dengan Pesawat.  Lagu Mirage ni best jugak.  Tapi memang sayang tak dapat masuk ke peringkat seterusnya…







Ratu gelek… Ratu gelek…  Eh, silap!  Raja Gelek… Raja Gelek….  Memang kelas la persembahan One Nation Emcees pada malam sebenar kan?  Tahniah kepada ONE kerana lagu Raja Gelek juga berjaya…







Lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian Jac, memang menyentap gler tapi sayang tak masuk ke.  FBI suka gak lagu ni.  Kayna ni dia memang minat ngan Jac.  Lagi2 bila Jac gunting rambut pendek.  Dia bagi tau Jac sendiri yang Jac nampak cantik berambut pendek.  Tapi memang ‘cute’ kan?









Sebenarnya apa yang FBI nampak apabila pihak pengurusan Muzik2 memutuskan untuk membuka penyertaan tanpa ada kategori lagu, memang bagus.  Sebab lagu2 yang dipertandingkan untuk masuk ke Separuh Akhir semuanya best2!  Tapi perlu diingat, senarai 5 lagu terpilih  ni sebenarnya belum final lagi.  Semuanya berdasarkan markah yang diberi oleh juri professional.  Jika markah lagu tempat ke6 pada minggu pertama lebih tinggi daripada markah lagu tempat ke5 minggu kedua, maknanya lagu tempat ke6 minggu pertama lebih layak untuk ke final.  Ha… faham tak?  Betul ke aku tulis ni?  Ha, yelah!  Jadi, tak semestinya senarai ‘top five’ tu akan masuk final.  Tentu ada kejutan nanti kan?  Jadi, lepas tengok Nur Kasih, teruskan pula menonton Muzik2 Separuh Akhir setiap Jumaat jam 10 malam di TV3!  Opss… lupa nak bagi tau, ini Yassin selaku artis jemputan masa rehearsal.  Dialah yang nyanyi lagu Nur Kasih tu… tau tak?  Hehe… 

13 November 2009  
 
SEPARUH AKHIR MUZIK2 PERTAMA
Pasti semua dah tau keputusan Separuh Akhir Muzik-muzik minggu lepas.  Tahniah FBI ucapkan kepada lagu-lagu yang layak masuk bertanding untuk ke peringkat seterusnya.  Tapi hari ni, FBI nak kongsi gambar-gambar yang sempat FBI amik masa rehearsal hari tu.  Masa hari sebenar, tak sempat la…  hehe…

Sajer nak berlakon tengah tdo.  Tapi memang mengantuk sebenarnya!  Kalau hari Khamis dan Jumaat memang FBI tak sempat nak rehat.  Kojer…kojer… yop!

….bersama Cheryl berlatih skrip

Masa ni Aizat tengah buat persembahan.  Tahniah Aizat, ‘Kau Aku’ dipilih top 5…  Cayalah! Kayna memang crazy ngan lagu ni.  Suka betul dia lagu Kau Aku terpilih ke final. Kita tunggu 2 lagu Aizat yang lain tu…

…Dan Sebenarnya!  Juga layak….  Tahniah, Yuna!

Persembahan dari Reshmonu, Nadia n Red Peanut dan Noraniza Idris juga menghiburkan pada malam sebenar.  Tapi nampaknya tak de rezeki.  Tak pe, cuba lagi no…

Ada banyak lagi gambar2 yang FBI nak kongsi ngan semua.  Tunggu ya….  Sebenarnya, bukan senang nak mengacarakan program hiburan secara ‘live’ni.  Tengok tu, masa ni FBI dan Cheryl tengah berlatih depan big-big boss…Hehe..  Maklumlah semua inginkan yang terbaik.  Caiyok!  Caiyok!
5 November 2009  
 
CUTI HUJUNG MINGGU DI LANGKAWI (PART3)


Seronok tul Kayna bila dapat masuk air! Naper ni? Lari….. ibu kentut!



Inilah yang Kayna nak! Apa yang dia tak sabar sebenarnya nak buat istana pasir! Haha…



Apa yang Kayna nak buat ni?



Ni separuh siap sebenarnya. Tapi istana pasir Kayna yang siap FBI lupa lak nak amik! Err… sori..



Tak cukup kat pantai, Kayna sambung main air kat ‘swimming pool’ pulak…



Makan time!



Memang best makan kat restoran Thai ni. Suasananya romantik sangat. ‘Open air’… kat tepi pantai.. Makanannya pun sedap!



Masa sarapan pagi esoknya, FBI dan keluarga sempat berkenalan dengan pelancong dari Jerman. Depa ni memang peramah sangat! Tapi tak sempat nak bermesra lebih lama sebab kami dah nak balik…



Bestnyer dapat cuti kat Langkawi… Walau pun hujung minggu saja, tapi sangat bermakna. Bye bye Langkawi!

5 November 2009  
 
CUTI HUJUNG MINGGU DI LANGKAWI (PART2)


Sebelum turun ke laut, kena la minum petang dulu. Lepak2 minum2 sambil mendengar hiburan dari pemuzik2 hotel. Tapi cuba tengok Kayna. Cam bengang jer… Hehe.. Tak sabar ye?



Bang, ada tak aktiviti pantai yang menarik yang best yang kami bertiga boleh buat sama2?



Cuba teka kami nak buat apa lepas ni?



Jeng… jeng….



Jet Ski!



Ini pemandangan hotel dari atas jet ski yang sempat K Lina ambik. Bilik kami yang… err.. yang tu…tu… nampak tak?



Bila dah puas… dah lenguh tangan FBI… barulah kami turun ke pantai semula. Tapi, cuba tengok Kayna… dia memang dah tak boleh sabar lagi dah nak main pasir! Sementara tunggu FBI amik tuala, dia pun…



Kenapa Kayna tak sabar sangat nak main pasir ek? Nak tau? Tunggu…

5 November 2009  
 
CUTI HUJUNG MINGGU DI LANGKAWI (PART1)




Bestnyer dapat menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga. Kali ni FBI dan keluarga nak tukar angin. Biasanya kalau hujung minggu tak buat apa, dok umah atau keluar jalan2 sekitar KL. Tapi minggu lepas, kami plan nak pergi Langkawi. Memang tepat la pilihan kami. Langkawi memang Hangat! Cuaca elok tak hujan. Bestnyer jugak, bilik kami di tepi laut. Jadi dapat la udara segar… bau laut… Ahh….



Kayna bila masuk bilik, nampak kerusi ni… terus posing Cleo Patra!



Tapi, apa yang Kayna paling tak sabar ialah pergi ke pantai. Walau pun FBI dan K Lina kata nanti dulu sebab cuaca kat luar panas sangat, tunggu petang sikit… rehat dulu…tidur dulu kejap… dia dah tak boleh tidur. Sibuk dengan peralatan mainan pantai dia!



Tak cukup di dalam… duduk kat luar pulak…





Pas tu, dia siap jemur pulak semua benda2 ni!



Akhirnya… ‘beach time’! Kat hotel ni memang kalau nak pergi mana2 pun kena naik ‘shuttle’. Telefon bagi tau, dan depa terus datang amik. Sekejap je tunggu.



Nak tau apa yang kami buat kat pantai? Camner Kayna main dengan mainan pantai dia? Tunggu….