MAJLIS MAKAN TENGAHARI SEMPENA ABPBH 08 DAN KL FASHION WEEK DI ONE WORLD HOTEL
Salam Hangat semua! Hari baru… minggu baru…. Camner semua? Adakah hari-hari sepanjang minggu ini anda sibuk? FBI cam nilah… Cuma nak citer sikit pada hari Isnin yang lalu, FBI mendapat jemputan untuk majlis makan tengahari sempena ABPBH08 dan KL Fashion Week di One World Hotel. Walau pun majlis makan tengahari, majlis ni memang ‘grand’ dan tetamu VVIP yang dijemput antaranya ialah DYMM Raja Permaisuri Agong.
Kami turut dijemput sebagai finalis ABP antaranya FBI, Fafau, Maya Karin, Ashraf Muslim, Kenchana Dewi dan Aizat
Dah majlis sempena KL Fashion Week, pastinya ada pertunjukan fesyen daripada pereka-pereka terkenal Malaysia yang mengetengahkan konsep Tenunan iaitu tema pakaian untuk ABPBH kali ini. Sonok gak FBI cuci mata sekali sekala!
Dalam ramai-ramai model tu, terselit jugak selebriti yang buat ‘cat walk’ seperti Cheryl Samad, Sasha Basir dan Saida. Ishk, lampu ni…. sori la… tak clear sangat gambar Cheryl ni. Walau bagaimana pun, FBI enjoy kerana dapat menghadirkan diri selain cuci mata dapat makan free! Hehe….