Hot FM Blog TINI

Teringat Pada Cerita seorang Sahabat Lama…………..

Dihantar pada: 2 February 2010
Adoi………. Macam-macam lah minggu ni, macam-macam insiden yang berlaku dalam hidup ni, kadang-kadang rasa macam naik roller coaster, kejap naik, kejap turun, kejap panic, kejap happy….kejap marah, lepas tu sedih….semuanya Tini rasa minggu ni. Melayan karenah manusia yang pelbagai, ada yang OK ada yang sangat OK ada jugak yang KO.

Minggu ni jugak, Tini berjumpa seoranga kawan lama, hampir 5 tahun jugak lah Tini tak duduk dan minum kopi dengan sahabatku ini. Dia dia seorang dalam seribu, energetic,

Penuh dengan idea dan seorang workaholic. I admire her, because she believes and fights for her causes. Tak kisah lah apa orang nak kata….kalau orang tak kisah, dia kisah. Jadi bila kawan dengan dia , kita pun secara tak lansung jadi prihatin. Bagus dapat kawan macam ni, buat kita berfikir, kalau silap berkawan boleh sesat jalan.

 

Jadi, dalam sembang-sembang sambil minum kopi, sahabat saya ni cerita lah pada Tini, katanya “ Orang kaya dan berpelajaran ni lagi susah nak ditegur dan diajar”….Huh ?

Sahabatku ini kini bekerja dengan sebuah syarikat swasta, dan baru baru ini jalankan kempen say NO  PLASTIC bag. Syarikatnya ada banyak cawangan di seluruh Malaysia, katanya, bila mereka buat kempen NO  PLASTIC kat kawasan yang pelangannya terdiri dari orang biasa, status ekonomi sederhana , bila makcik makcik datang mereka pun explain lah kenapa tak elok pakai bag plastic, dan penerimaannya sangat baik sekali.

Keesokan harinya makcik-makcik ni datang lagi, tak bawak plastic bag, mereka bawak bag sendiri dan bakul sendiri. Tanda sokongan pada kempen ini.

Tapi, bila kempen yang sama dijalankan kat sebuah cawangan di kawasan elite, berada dan ternama, kereta besar, dia kena maki pulak. Kata aunty-aunty ni pulak “ Eh suka hati aku lah nak pakai beg plastic, aku bayar”. Tergamam sahabat ku ini melihat dan menerima komen sedemikian.

Cerita sahabatku ini buat Tini fakir panjang pasal kita .

Adoiiii, susah sangat ke nak bawak beg sendiri dan kurangkan pengunaan beg plastic ? Cuma perlukan sedikit initiative aja…kalau terlupa masukkan aja dalam bag jenama

RM 5000 tu kan, buat apa beli bag mahal-mahal kalau tak boleh letak barang.

Perjuangan belum berakhir…….. Rakyat Malaysia prihatin ! 
  • *(0)
  •    
  • Share