OGOS: EAT WELL, LIVE WELL : YOUR HEALTHY LIFESTYLE GUIDE





Tittle : EAT WELL, LIVE WELL, Your Healthy Lifestyle Guide

Penulis : Chia Joo Suan

Penerbit : MPH Publishing

Tahun :2009

Harga : RM32.90


Hello, assalamualaikum. Berjumapa lagi dalam ulasan buku bulan ini. Ulasan buku kali ini Tini nak bincang tentang makanan. Sebagai peminat makanan, Tini sentiasa suka mencuba makanan dan masakan baru, pantang saja ada restoran dibuka pastinya Tini akan mengajak suami untuk merasakan masakan mereka, dan menikmati suasana di restoran tersebut.

Tambahan pula, sejak berumahtangga kini, Tini , juga amat suka cuba masak dirumah. lagi best bila suami pun turun padang, lagi best bila masakan tu ada yang nak jamah he he he he. Jadi sekarang ini Tini sering kali beli barang-barang mentah di pasaraya, pelbagai pilihan yang ada, sampai tak tahu mana satu nak beli. Ada juga pilihan yang lebih sihat seperti barangan organik, barangan kurang gula dan lain-lain.

Jadi bila masa membeli, Tini suka perhati dan baca kandungan yang tersenarai, kalau ada yang lebih sihat, Tini belilah, biarlah bayar lebih sikit. Contohnya semasa beli roti, pilihan Tini mestilah roti wholemeal, kerana roti ini kurang kalorinya berbanding roti putih, tapi my hubby akan pilih roti putih. walaupun hanya berdua dirumah, tapi mesti ada dua buku roti.

Alamak, terpesong pulak dari tujuan sebenar, OK disebabkan Tini lebih prihatin terhadap pemakanan Tini sekarang, Tini tertarik dengan buku ini, yang mana Tini beli semasa menanti pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Sabah. Semuanya gara-gara Liga Juara HotFM di Kota Kinabalu Sabah, beberapa minggu yang lepas.

Buku ini ditulis oleh seorang ahli kimia tempatan. Chia Joo Suan, banyak menulis tentang pemakanan yang selamat dan sihat didalam akhbar tempatan. Tini tertarik dengan buku ini kerana banyak membincangkan tentang kesihatan makanan dalam konteks tempatan.

Chia juga akan meyelitkan bukti-bukti penyelidikan berkaitan dengan makanan yang dibincangkan.

Jadi apa yang terkandung dalam makanan kita, juga amalan-amalan pemakanan seperti pengunaan limau kasturi dan limau purut dalam masakan dan miniman kita. Selain membangkitkan selera dan menjadi penyedap, buah-buah citrus ini membuatkan makanan tahan lama dan dapat mengelakkan keracunan makanan.

Satu lagi contoh yang Tini rasa begitu baik, yang berkaitan dengan nasi. Nasi merupakan makan rugi kita, jadi ada juga diselitkan sesi soal jawab, contohnya " Saya ada terbaca yang kalau kita makan nasi yang dipanaskan semula atau disimpan semalaman boleh menyebabkan keracunan makanan, betul ke ?" Hah siapa yang tahu jawapan ni ?

Tini selalu juga simpan nasi didalam peti sejuk, beberapa hari, lepas tu dicampu dengan nasi yang baru dimasak,atau dibuat nasi goreng. Ramai yang rasa asal simpan dalam peti ais semua OK, tapi sebenarnya, nasi walaupun disimpan dalam suhu yang tinggi mempunyai bakteria Baclilus Cereus . Walaupun dimasak, bakteria ini masih wujud dalam nasi. Jadi kalau kita simpan nasi walaupun sehari, boleh menyebabkan keracunan makanan kepada mereka yang tak punya imunisasi badan yang kuat.

Kalau anda ada rasa musykil tentang makanan, atau ingin menambah pengetahuan tentang makanan anda , Tini pasti anda akan dapati buku ini dapat membantu . Namun , antara kelemahan buku ini, ia kadang kala terlalu scientifik dan tidak menyelitkan recipe makanan yang dibincangkan. Jadi kalau nak masak tu kena pandai-pandai cari krreativiti sendiri.

Apa-apahal pun, banyak yang telah Tini pelajari pasal makanan, macam ayam merupakan sumber protein terbaik berbanding daging lembu atau kambing, kunyit boleh membantu pesakit Alzheimer, Kubis boleh megelakkan penyakit skurvi dan kulit kayu manis boleh buat makanan tahan lama.

Ok, sehingga bulan depan, kita jumpa lagi dalam ulasan buku bersama Tini. Ta ta Ti ti Tu tuuuuuuuuuuuu
 

JULAI: TWO LIPSTICKS AND A LOVER





Tajuk Buku : Two Lipsticks and A Lover

Penulis : Helena Frith Powell

Penerbit : Arrow Books

Cetakan Pertama : 2005


Pada mulanya buku ini tidak menjadi tarikan pada Tini, sebabnya Tini bukannya seorang yang meminati “Chick Flick”, Tini lebih meminati buku-buku yang bergenre autobiographi, journal pengembaraan , buku motivasi dan cerpen.

Namun semasa bercuti bersama seorang rakan baik di sebuah pulau di Pantai Timur, Tini tergerak hati bertanya pada rakan Tini tu tentang buku ini. Semasa bersantai di tepi pantai, sambil meneguk air kelapa yang segar, dia khusyuk membaca “ Two Lipsticks and A Lover”. Malah majalah-majalah yang Tini bawa semasa percutian tersebut, sudah habis ditelaah…..sambil membaca sinopsis dibelakang buku, Tini dengan perlahan-lahan mula

Membaca satu persatu muka surat yang terkandung dalam buku ini, sehinggakan di akhir percutian, ekoran tak sempat nak habiskan buku, dan segan nak pinjam dari rakan tu, Tini terus bergegas ke kedai buku yang terdekat untuk mendapatkan satu naskah.

Kenapa buku ni menarik buat Tini ? Sangkaan Tini pasal “Chick Flick” ternyata salah. Tu lah bak kata pepatah Inggeris “Do not judge a book by it’s cover” , Helena Frith Powell merupakan seorang wartawan yang banyak menulis tentang pegembaraan dan cara hidup masyarakat seluruh dunia, berbangsa British, penulisannya ringan, mudah difahami dandisusuli dengan penyelidikan dan fakta.

Two Lipstick and A Lover menyingkap rahsia kecantikan wanita Peranchis yang dikatakan antara wanita tercantik didunia. Helena mengembara ke sekitar Peranchis untuk mendapatkan jawapan , kenapa walaupun hanya berkemeja T dan berseluar jeans, wanita Peranchis tetap nampak elegan dan glamour.

Penulis kemudian menemuramah dan bertemu wanita-wanita elegan Peranchis seperti pelakon Anny Duperey dan penulis buku Sabia Rosa dan mendapati wanita Peranchis tak suka bersenam, jadi bagaimana mereka kekalkan bentuk badan yang ramping dengan input yang minimum tapi output maximum? Helena kemudia membuat perbandingan antara wantia British dengan wanita Peranchis, di mana wanita British mempunyai bentuk badan yang lebih montok dan gempal.

Penulis juga melalui “research” nya membuat kesimpulan yang wanita Perancis tak takut tua, malah mereka mengamalkan prinsip “ to age gracefully”. Pelbagai pengalaman yang dilalui penulis membuatkan buku ini seronok dibaca. Dan untuk Tini pelbagai penemuan penulis menambahkan lagi pengetahuan Tini tentang masyarakat dunia.

Mungkin, untuk masyarakat Eropah, wanita Peranchis adalah antara wanita tercantik dunia, namun dari persepktif saya seorang warga Asia, banyak yang boleh kita pelajari dan tip-tip kecantikan yang boleh diperolehi dari wanita-wanita Asia, contohnya wanita Jepun juga banyak menyimpan rahsia kecantikan tradisional.

Apa yang pasti, buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa yang ingin mengetahui cara terbaik awet muda kerana penulis akan melalui dan mencuba teknik-teknik yang ada seperti Botox, krim ,spa , minuman herba dan banyak lagi.

ulusan buku oleh: Kartini Ariffin
 

 
 
 
 
 
blog segmen webmenang webmuzik webgaleri webmenarik webinfo