Ke Laman Utama
Laman Utama
Buletin Hot FM
Hot Program - Buletin Hot FM  



Disediakan oleh Moon
.
Isnin
7 Julai 2008
 

 

 
7 Pagi
Nasional

Sekurang-kurangnya 36 saksi akan dipanggil membantu siasatan kes dakwaan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk 18 orang yang telah diambil keterangan oleh polis setakat ini. Polis yakin baki saksi yang akan dipanggil adalah lebih ramai daripada jumlah mereka yang telah pun dirakamkan percakapan masing-masing berhubung kes itu.
         
Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat – Protes Sampai Turun yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak mencetuskan insiden memalukan apabila seorang penyanyi jemputan bertindak melondehkan seluar ketika membuat persembahan. Ia mencetuskan pergaduhan antara hadirin yang membaling botol air dan cuba menyerbu penyanyi dan kumpulan terbabit kerana tidak berpuas hati dengan perbuatan tersebut.

Hiburan Hot

Brad Pitt dilaporkan telah merujuk kepada Julia Roberts, tentang penjagaan anak kembar bagi menyambut kelahiran anak kembarnya sendiri bersama pasangannya, Angelina Jolie. Julia merupakan seorang actress yang mempunyai sepasang anak kembar berusia tiga tahun.

 
Sukan Hot

Dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia peringkat kumpulan semalam, Negeri Sembilan menewaskan Melaka 3-2, manakala Kelantan turut menang 3-2 ke atas Sarawak. PDRM pula tunduk 1-3 kepada Kedah, Pulau Pinang tewas 0-1 kepada Sabah, Kuala Lumpur dibelasah Johor FC 1-4, Pahang pula menang 2-0 ke atas Johor Pasir Gudang dan ATM tewas 0-2 kepada UPB MyTeam.

Atlet kebangsan Eugene Chan dan Kimberly Yap masing-masing  muncul juara lelaki dan wanita Kejohanan Triatlon Antarabangsa Tasik Kenyir 2008 di Tasik Kenyir semalam. Eugene memenangi kategori lelaki 16 hingga 29 tahun, manakala Kimberly menang bagi kategori wanita 16 hingga 34 tahun.

 
8 Pagi
Nasional

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan memastikan Malaysia terus aman dan selamat walaupun negara kini dipengaruhi oleh persepsi yang tidak baik kepada negara dan kerajaan. Kerajaan menurutnya, mahu memastikan satu suasana di mana rakyat tidak perlu bimbang atau takut dan berupaya memberikan tumpuan kepada isu utama.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia bersumpah bagi membersihkan dirinya daripada tuduhan liwat dengan syarat ia dibuat di bawah bimbingan ulama-ulama yang berwibawa dari dalam dan luar negara. Walaupun beliau bersedia bersumpah, dari segi pendirian beliau tetap berpegang pada pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.

Hiburan Hot

Wakil daripada Warner Brothers telah menafikan bahawa mereka bakal mengangkat siri TV popular, Friends ke layar perak. Siri Friends merupakan antara siri paling popular yang pernah dihasilkan studio terbabit kerana mampu bersiaran selama sepuluh tahun.

 
Sukan Hot

Lewis Hamilton menjuarai perlumbaan Formula Satu Grand Prix Britain selepas mempamerkan kemahiran memandu di atas litar basah semalam. Hamilton yang mula mendahului perlumbaan sejak pusingan keempat, menamatkan perlumbaan dihadapan Nick Heidfeld dan Rubens Barrichello.
         
Rafael Nadal berjaya merangkul kejuaraan Wimbledonnya yang pertama, apabila menewaskan Roger Federer, dalam perlawanan sengit semalam. Nadal menang 6-4, 6-4, 6-7, 6-7, 9-7.

 
9 Pagi
Nasional

Seramai 21,000 pelatih yang mohon penangguhan Program Latihan Khidmat Negara sejak 2003 akan dipanggil semula menyertai program itu. Ketua Pengarah PLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya sedang mengesan kesemua pelatih yang telah memohon penangguhan mengikuti program itu.
         
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka mengumumkan peruntukan tambahan kepada badan bukan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2009 pada 29 Ogos ini. Jumlah peruntukan berkenaan bagaimanapun tidak akan diumumkan pada masa ini kerana ia bergantung kepada bajet dan akan dibuat melalui beberapa peringkat.

Hiburan Hot

Lindsay Lohan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-22 dalam satu majlis bertemakan 80an di Hollywood minggu lalu. Dia menerima sebuah kek yang mempunyai wajah idolanya, Marilyn Monroe. Antara selebriti yang turut hadir ialah Joel dan Benji Madden serta David Spade.

 
Sukan Hot

Persatuan Sepak Takraw Malaysia akan menyertai kejohanan Sepak takraw Piala Raja Thailand di Bangkok pada 25 Ogos depan tanpa meletakkan sebarang sasaran. Ia adalah merupakan pendedahan kepada pemain-pemain terutamanya kepada pemain baru, setelah hampir setahun tidak menyertai mana-mana pertandingan.
         
Pasukan Pilihan Selangor menewaskan pilihan Singapura 4-3 menerusi penentuan sepakan penalty, pada perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor edisi ketujuh semalam. Perlawanan sampingan pula menyaksikan veteran Singapura menewaskan veteran Selangor melalui sepakan penalti 8-7, selepas terikat 1-1 pada perlawanan selama 40 minit.