- hot fm am krew
  - menu muzik hot fm
  - hot fm jam
  - hot fm zon
  - hot fm tiga puluh
  - hot fm two-0
  - hot fm prelude
  - hot fm yang keren
  - hot fm korner
  - buletin hot fm
   
   
   
   

 

 
 
Khamis : 28 Ogos 2008
7 Pagi
Am

Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin menjadi Perdana Menteri, walaupun berjaya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kelmarin. Menurut bekas Perdana Menteri itu, Anwar tidak mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk melompat parti bagi membentuk kerajaan Pusat.

Mesyuarat lembaga pengurusan tertinggi Felda merumuskan untuk membawa organisasi itu ke peringkat pembangunan dan pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding sekarang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan tersebut memerlukan Felda merangka pelan strategik bagi meningkatkan daya saing organisasi di peringkat global.

Hiburan Hot

Filem sekuel animasi Toy Story ketiga kini dilaporkan dalam proses praproduksi, dan bakal mengekalkan penyumbang suara dalam filem sebelum ini seperti Tom Hanks, Tim Allen, Joan Cusack, dan Don Rickles. Sekuel ketiga tersebut juga akan menampilkan dua watak baru iaitu Barbie dan Ken.

Sukan Hot

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia kini menghadapi tuduhan lebih serius apabila timbalan presidennya Karim Ibrahim dituduh sebagai pengkhianat negara dengan menggunakan pentas olahraga. Memetik laporan Bernama, dakwaan tersebut dibuat oleh Pengarah Pusat Latihan Prestasi Tinggi Asia, Mohd Musa Noor Mohd menerusi surat aduan yang dihantar kepada beberapa pemimpin sukan negara termasuk Menteri Belia dan Sukan.

Arsenal membelasah Twende Enschende 4-0 awal pagi tadi, dalam perlawanan kelayakan pusingan ketiga Liga Juara-juara Eropah yang turut menyaksikan kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Standard Liege. Fiorentina pula terikat kosong sama menentang Slavia Prague, dan Atletico Madrid membenam Schalke 4-0.

8 Pagi
Am

Puspakom dengan kerjasama Badan Pencegah Rasuah berjaya menahan 28 kakitangan pusat terbabit dan 19 perantara yang dikenal pasti terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Mereka dipercayai menerima suapan daripada orang perantara untuk meluluskan pemeriksaan tanpa kehadiran kenderaan dan memeriksa kenderaan bermasalah tanpa mengikut prosedur.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen hari ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan perkara tersebut sebelum memulakan sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat semalam. Beliau juga akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Hiburan Hot

Seniman yang popular dengan watak Dr Ismadi menerusi filem Ibu Mertuaku, Datuk Ahmad Mahmood meninggal dunia malam tadi akibat penyakit buah pinggang. Allahyarham yang menghidap penyakit tersebut sejak tujuh tahun lalu meninggalkan seorang balu, tiga orang anak dan sembilan cucu.

Sukan Hot

Jurulatih perseorangan badminton negara, Datuk Misbun Sidek berazam untuk mencurahkan segala ilmu yang dimiliki selagi terdaya bagi memastikan negara dapat melahirkan lebih ramai pemain-pemain yang berkaliber pada masa depan. Misbun menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob semalam.

Arsenal membenam Twende Enschende 4-0 awal pagi tadi, dalam perlawanan kelayakan pusingan ketiga Liga Juara-juara Eropah yang turut menyaksikan kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Standard Liege. Fiorentina pula terikat kosong sama menentang Slavia Prague, dan Atletico Madrid membelasah Schalke 4-0.

9 Pagi
Am

Amerika Syarikat meminta kebenaran Iraq untuk terus menempatkan askarnya di negara terbabit sehingga 2015 tetapi perunding Amerika dan Baghdad bersetuju untuk membataskan mandat mereka sehingga 2011 sahaja.  Presiden Jalal Talabani berkata, Amerika mencadangkan 2015 tetapi Iraq menyarankan sehingga 2010.

Kerajaan Brunei akan menghantar satu pasukan pelaburan ke Johor untuk meninjau peluang pelaburan yang bersesuaian di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia. Kesediaan Kerajaan Brunei membuat pelaburan disampaikan sendiri oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah setelah baginda diberi taklimat dan meninjau dari udara kawasan pembangunan itu.

Hiburan Hot

DAVID Hasselhoff yang pernah mencipta nama menerusi drama bersiri Knight Rider dilaporkan akan kembali dalam drama tersebut sebagai pelakon undangan. Siri Knight Rider telah diterbitkan dalam versi yang baru tahun ini dan menyaksikan barisan pelakon muda.

Sukan Hot

Kementerian Belia dan Sukan akan memulakan segera program sukan ke arah sasaran memperoleh sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London. Menteri berkenaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, antara sukan yang diberi keutamaan bagi merealisasikan hasrat negara itu ialah badminton, memanah dan berbasikal.

Malaysia mendapat laluan yang agak sukar tetapi masih seimbang untuk melepasi saingan peringkat Kumpulan B Piala Suzuki AFF apabila diundi dengan naib juara 2007, Thailand dan Vietnam. Malaysia dan Vietnam masing-masing terkandas pada separuh akhir kejohanan tersebut, yang sebelum ini dikenali sebagai Kejohanan AFF dan Piala Tiger

 

 
 
Dengarkan temuramah Lee Chong Wei sebaik beliau tiba di KLIA dari Beijing, bersama Moon Hot FM.
Klik Di Sini >>
 
 

Hak Cipta Terpelihara © 2008 HOT FM || Terma & Syarat