Ke Laman Utama
Catatan Hot FM
Hot Stesen - Catatan Hot FM  

   
Acara akan datang: | 31 MEI & 1 JUN :: Hot FM @ Jom Heboh :: Kompleks Sukan Bukit Jalil |
 
 
24 Mei 2008

Hot FM Mini Jam 2008 @ Alor Star

   
 

Misha Omar! Diddy! The Lima! Sheila Abdul! Ayu OIAM! Jinbara! Sofaz! Fiq! Altimet!

Itu antara barisan artis yang telah menghangatkan Siri Mini Jam kedua tahun ini...

Jom kita layan gambar-gambar di sekitar Alor Star hari tu...

Ke Galeri >>


 
26 April 2008

Hot FM Mini Jam 2008 @ Melaka

   
 

Siri Mini Jam kembali menemui pendengar-pendengar Hot FM!!!

Destinasi pertama kami tahun ini - Melaka!

Antara artis yang membuat persembahan adalah Faizal Tahir,
Aliff Aziz, Sofaz, Altimet, Ahli Fiqir, Aizat dan ramai lagi.

Ke Galeri >>


 
16 April 2008

The Return of Super Faizal @ AM Krew

   
 

Super Faizal Tahir Returns!!!

Setelah menyepi selama lebih 3 bulan Faizal Tahir kembali secara eksklusif buat pertama kalinya @ Hot FM AM Krew!!!

Saksikan semula persembahan-persembahan akustik beliau @ studio kami menerusi siaran catch up tv di laman ini...

Imbasan Super Faizal @ AM Krew >>


 
12 April 2008

Hot FM Juara Respons bersama Shell Advance

   
 

Bola Zoom - itulah permainan hangat terbaru yang anda
semua patut cuba!

Kerana seorang pendengar dengan respon terpantas telah membawa pulang sebuah motosikal kerana menjadi juara permainan itu!

Nak tahu selanjutnya? Jom layan gambar-gambar sekitar Hot FM Juara Respons baru-baru ini....

Ke Galeri >>


 
5 & 6 April 2008

Jom Heboh @ Melaka

   
 

Karnival Jom Heboh kembali lagi tahun ini!!!

Kali ini bersama Julies yang akan turut bersama menghangatkan lagi booth kami sepanjang tahun ini...

Jom layan gambar-gambar sekitar Jom Heboh @ Melaka
baru-baru ini...

Ke Galeri >>


 
21 Mac 2008

Cabaran Badminton AM Krew

   
 

Perlawanan badminton di antara:

Fara Fauzana & Ally Iskandar VS Faizal Ismail & Erra Fazira!

Anda terlepas menyaksikannya?

Yang pasti, pasukan yang kalah telah didenda!

Saksikannya semula di sini..

Imbasan Cabaran Badminton AM Krew >>


 
23 Februari 2008

Hot FM Big Jam 2008

   
 

Memang Hangat! Panas! Meletup! Festival muzik 8 jam tanpa henti Hot FM Big Jam 2008 yang berlansung sempena ulangtahun ke-2 Hot FM di Dataran Petaling Jaya baru-baru ini

Lebih 20 artis antaranya Ungu, Hujan, Meet Uncle Hussain, Misha Omar, Elyana, Adam, Ramlah Ram, Sofaz, Jinbara, Mila, Nitrus dan ramai lagi telah menghiburkan lebih 40,000 pengunjung yang datang...

Jom imbas kembali kehangatan Hot FM Big Jam >>


 
21 Januari - 1 Februari 2008
Hot FM Scoot Scoot Leya & Ag
   
 

Tentu ramai yang sudah tahu tentang jelajah Hot FM Scoot Scoot bersama Leya dan Ag yang berlangsung selama 2 minggu lalu.

Banyak pengalaman menarik dan ramai pendengar Hot FM telah mereka temui sepanjang perjalanan mereka dari KL - Johor Bahru dan dari Kota Bharu - KL.

Jom imbas kembali pengalaman menarik Leya & Ag
di galeri gambar kami...

klik untuk ke galeri >>


 
12 & 13 Januari 2008
Hot FM Yeah Yeah Tour Sabah & Sarawak
   
 

Hot FM membuka tirai 2008 dengan Hot FM Yeah Yeah Tour di Sabah dan Sarawak.

Penyampai Hot FM Fara, Faizal, Tini, Azura, Leya, Fiq, Anne, Ikhwan bersama dengan Elyana, Fiq Mentor dan Adam telah meghiburkan pendengar Hot FM di sana yang cukup sporting dan fanatik sekali!

Terima Kasih Sabah & Sarawak!

klik untuk ke galeri >>


 
1 Disember 2007
Hot FM Nite Jam
   
 

Sabtu lepas berakhirnya sudah siri jam Hot FM bagi tahun 2007 di Butterworth Pulau Pinang dengan Hot FM Nite Jam.

Antara artis yang telah membuat persembahan adalah Acha Septriasa, New Boyz, Kristal, Misha Omar, Ramlah Ram, Meet Uncle Hussain, Fabulous Cats, Jinbara dan Dafi.

Tidak lupa penyampai-penyampai Hot FM turut membuat persembahan tarian istimewa sebagai pembuka tirai.

klik untuk ke galeri >>


 
3 & 4 November 2007
Jom Heboh Miri Sarawak
   
 

Buat kali pertama tahun ini Hot FM telah menjejakkan kaki di bumi Sarawak sempena dengan Jom Heboh @ Miri Sabtu dan Ahad lepas.

Ikhwan, Leya dan Fara Fauzana sempat beramah mesra dengan warga Miri yang berkunjung ke booth Hot FM. Nak lihat gelagat mereka dan aksi sekitar 2 hari itu?...

klik untuk ke galeri >>


 
27 Oktober 2007
Rumah Terbuka Hot FM & Nescafe 2007
   
 

Sabtu lalu, Hot FM dan Nescafe mengadakan rumah terbuka istimewa untuk pendengar-pendengar bertuah. Pendengar yang hadir adalah mereka yang berjaya memenangi jemputan menerusi peraduan Rumah terbuka Hot FM & Nescafe di radio dan di laman web sepanjang bulan Oktober lalu.

Farah Fauzana, Faizal Ismail, Azura, Fiqri, Leya, Anne, Ikhwan turut disertai oleh Tini sempat berhibur dan bermesra dengan pendengar yang hadir di majlis itu. Mereka turut dihiburkan dengan nyanyian Misha Omar, Zahid AF dan Faizal Tahir. Paling istimewa, semua penyampai Hot FM turut menyanyikan sebuah lagu raya khas untuk peminat-peminat mereka di akhir majlis.

klik untuk ke galeri >>


 
4 & 5 Ogos 2007
Jom Heboh @ Stadium Nasional Bukit Jalil KL
   
 
Fara, Faizal, Azura, Fiq, AG, Leya, Anne & Ikhwan telah menghangatkan booth Hot FM di Jom Heboh Bukit Jalil KL Sabtu dan Ahad lalu.

Jika anda terlepas peluang untuk bersama mereka, anda memang rugi besar sebab rata-ratanya keadaan sepanjang 2 hari itu memang happening sekali!

Jom tengok aksi-aksi sekitar booth kami di Jom Heboh kelmarin.
klik untuk ke galeri >>

 
28 Julai 2007
Mini Jam @ Teluk Kemang, Port Dickson
   
 
Sabtu lalu kami ke Teluk Kemang Port Dickson sempena dengan Hot FM Mini Jam.

Antara artis yang turut menghangatkan siri jam ini termasuklah Spider, XPDC, Jinbara, Fabulous Cats, Yanie, Diddy dan ramai lagi!

Dengan ini, berakhirnya siri Jam Hot FM yang telah bermula sejak Februari lalu bermula dengan Hot FM Big Jam di Shah Alam.

Nak tengok gambar dan video persembahan sekitar Mini Jam Port Dickson kelmarin.
klik untuk ke galeri >>

 
7 & 8 Julai 2007
Jom Heboh @ Bayan Lepas, Pulau Pinang
   
 
Sabtu dan Ahad lepas Hot FM telah berada di Queen's Bay Mall Bayan Lepas Pulau Pinang sempena dengan siri Jom Heboh yang ke 5 tahun ini.

Orang Pulau Pinang sempat berhibur bersama penyampai Hot FM Leya, Azura, Fiq dan tidak lupa Fara Fauzana!

Selepas ini giliran warga kota Lembah Kelang pula berheboh bersama kami di Stadium Nasional Bukit Jalil Ogos depan!!
klik untuk ke galeri >>

 
30 Jun 2007
Hot FM Pencarian Perodua Viva @ Cineleisure Damansara
   
 
Seorang pendengar bertuah telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Perodua Viva Sabtu lepas di Cineleisure Damansara sempena dengan Hot FM Pencarian Perodua Viva!

Pada peringkat akhir Sabtu lalu 4 finalis bertarung merebut hadiah utama - Perodua Viva! Nak tahu siapa yang menang?
klik untuk ke galeri >>

 
23 Jun 2007
Mini Jam @ Temerloh Pahang
   
 
Sabtu lalu kami telah ke Temerloh Pahang sempena dengan Hot FM Mini Jam.

Antara artis yang turut menghangatkan siri jam ini termasuklah Def Gab C, Jinbara, Farah Asyikin, Nieyl, Estranged, Ahli Fiqir, Dina dan Felix!

Kepada warga sekitar Negri Sembilan selepas ini giliran anda pula untuk berhibur bersama kami! Nantikan Mini Jam Port Dickson 28 Julai ini!

Jom layann gambar dan video persembahan sekitar Mini Jam Temerloh!
klik untuk ke galeri >>

 
22 & 23 Jun 2007
Hujung Minggu Bersama Agnes Monica
   
 
Jika anda masih belum tahu lagi, Sabtu lepas Agnes Monica telah mengadakan konsert sulung beliau di Malaysia bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur Hot FM selaku Radio Rasmi!

Tidak ketinggalan beliau juga sempat meluangkan masa bersama FBI di studio Hot FM sehari sebelum konsert yang telah dibanjiri oleh ribuan peminat Agnes itu.

Jika anda nak melihat antara gambar sekitar Konsert Agnes Monica dan Agnes di studio Hot FM....klik untuk ke galeri >>

 
9 Jun 2007
Jom Heboh @ Danga Bay Johor Bahru
   
 
Jom Jom Jom Jom! Sabtu dan Ahad lepas Hot FM telah berada di Danga Bay Johor Bahru sempena dengan siri Jom Heboh yang ke 4 tahun ini.

Booth Hot FM telah di hangatkan oleh Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG dan juga Leya.

Antara artis yang turut serta bersama kami termasuklah Dina, Sofaz, kumpulan Flava dari Gangstarz dan Cheryl Samad.

Jika anda terlepas peluang untuk bersama kami... nantikan Jom Heboh seterusnya di Stadium Negeri Batu Kawan, Seberang Perai Penang
7 & 8 julai nanti. klik untuk ke galeri >>

 
4 Jun 2007
Sepak Takraw - Hot FM lawan Seleksi Wanita
   
 
Isnin lepas Hot FM telah ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk perlawanan pasukan Hot FM yang diwakili oleh FBI, Ikhwan dan AG menentang pasukan seleksi wanita.

Pergghh! Kalau you all semua nak tahu sebelum perlawanan tu FBI, Ikhwan dan AG memang kecut habis! Diorang siap keluar dengan macam-macam alasan tak nak main malam tu.

Waaa... tengok-tengok jejaka-jejaka Hot FM ni menang rupa-rupanya. 15-11 lagi tuh.... buat kata Fafau... nasib je tu... perempuan bagi chance.

Kalau anda nak tengok aksi diorang malam tu klik untuk ke galeri >>

 
12 Mei 2007
Mini Jam @ Danga Bay Johor Bahru
   
 
Sabtu lepas Hot FM berada di JB sempena dengan Mini Jam Danga Bay. Ramai artis-artis yang turun untuk membuat persembahan seperti - Farawahida, Jinbara, OAG, Urban Method, Junio Hustle, Abstrak hingga ke Bulan dan Sofaz!

Kepada anda yang terlepas peluang jangan risau kerana kami bakal menemui anda di Temerloh Pahang tidak lama lagi!

Jom! Layannn gambar-gambar hangat Mini Jam klik untuk ke galeri >>