MENYATUKAN Datuk Siti Nurhaliza dengan si comel ini bukannya senang. Tambahan pula mencari masa yang sesuai untuk menggandingkan mereka. Yelah Siti cukup sibuk dengan program hari raya dan juga beberapa aktiviti seni yang lain. Apabila mendapat satu tarikh yang sesuai daripada kakak iparnya, Rozie, akhirnya kami berjaya mengadakan sesi fotografi bersamanya di Palace Of The Golden Horses.
Tentu ramai tertanya-tanya siapakah si comel yang mendampingi Siti ini. Mereka berdua tidak lain tidak bukan adalah anak buah Siti sendiri iaitu Putera Saiful Nabil Nabhan (anak Ayie) dan Khalid Mohd Ghazali (anak Saida). Kedua-duanya berusia 5 tahun dan rapat dengan Siti.
Seronok tengok gaya mereka bergambar, macam-macam ragam dan gelagat. Ada tu sampai sudah tidak ada ‘mood’ nak bergambar, gelisah, asyik nak tengok kamera dan ada ketika kegembiraan mereka tidak terkata. Sukar digambarkan keletah si comel ini.
Pun begitu, apabila Siti menegur, senang saja ‘handle’ mereka berdua ni, almaklumlah kedua-duanya manja dengan Siti. Malah apa sahaja yang Siti suruh mereka buat, mereka ikut. Inilah anak buah kesayangan Siti...