Dendangan Despacito Versi Irama Malaysia Buat Netizen Tak Kering Gusi! | Hot FM
Home > Pena Hot > Dendangan Despacito Versi Irama Malaysia Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Dendangan Despacito Versi Irama Malaysia Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan lagu Despacito mesti tahu bahawa lagu ini bukanlah baru dikeluarkan, di mana sudah lebih lima bulan klip video rasminya disiarkan di Youtube dan sehingga kini sudah mencecah tontonan lebih 2 bilion.

Apa yang menarik mengenai lagu nyanyian asal Daddy Yankee & Luis Fonsi ft Justin Bieber ini – 90 peratus dinyanyikan dalam bahasa Sepanyol adalah ia semakin popular dalam kalangan pengemar muzik di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Tapi, ada lagi yang menarik apabila seorang lelaki telah mendendangkan semula lagu berkenaan dengan versi Irama Malaysia. Jom kita saksikan:

Sehingga kini, pemuda tersebut telah menerima lebih 14k retweet bersama 6k perkongsian susulan terhibur dengan persembahannya.

Leave a Reply