| |
| |
| |
| |
Terima Kasih kepada semua yang telah berkongsi pendapat / masalah dengan Azura,
jom kita baca apa yang telah anda semua kongsikan bersama sepanjang 6 bulan lalu...
|
|
|
| |
|
| |
 |
| |
Hai kak zura..Saya sekarang ni selalu saja nangis sorang2 kat pejabat. Saya selalu kena keja lebih masa. Bulan puasa ni lagi saya tertekan, 9 datang dan balik pukul 5, tapi dia bagi saya keja banyak dan balik pukul 6.30 dan boss pesan malam suruh datang keja balik.
Saya datang keja balik lepas berbuka puasa pukul 8.30 mlm bawa adik saya tolong temankan. Pukul 11.00 mlm baru boleh saya balik. Yang saya sedihnya, elaun OT tak dibayar. Saya tak pernah bersuara sebelum ni, tapi saya dah tak tahan bila diperlakukan seperti hamba. Majikan memang baik dengan saya, tapi dia tak sepatutnya buat saya macam ni.
Kiriman : Nurfa
|
| |
 |
Kesian Zura dengar cerita Nurfa ni. Pada pendapat Zura lah kan... kalau Nurfa terpaksa bekerja hingga mengorbankan masa untuk keluarga, rakan dan diri sendiri... ia memudaratkan jika diteruskan dalam jangkamasa panjang. Nurfa harus ingat... setiap seorang di dunia ini mempunyai pelbagai peranan dalam hidup.
Nurfa bukan sahaja berperanan sebagai seorang pekerja, malah Nurfa juga berperanan sebagai seorang anak, rakan, kakak dan sebagainya. Dan kita harus membahagikan masa dengan seimbang untuk diluangkan masa bersama mereka.
Pada Zura, apabila memilih sesuatu kerja itu seelok-eloknya kita pilih pekerjaan yang kita suka dan happy ketika melakukannya. Barulah senang hati dan bersemangat bila bekerja. So, kalau ada rezeki pekerjaan yang lain untuk Nurfa diluar sana, apakata Nurfa cuba... Apa jua, keputusan akhir terletak di tangan Nurfa, goodluck!
|
23 Okt 2007 |
 |
|
 |
|
 |
|
| |
|
| |
 |
| |
Hai kak... saya sudah bertunang, dan kami merancang untuk berkahwin 2 tahun lagi.
Tapi tunang saya ni ajak kahwin 3 bulan dari sekarang.. tapi saya masih belum bersediaaa....
apa pendapat zura? Saya takut saya belum bersedia...
Kiriman : Ain Sazali
|
| |
 |
Selamat bertunang untuk Ain… seronok sebenarnya dengar orang nak bina masjid ni =)
Tapi pada ZUra kan Ain, partner Ain tu ajak untuk kahwin cepat is either dia dah betul2 bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya dan lagi satu, dia dah berjumpa dengan Ain yang tepat orangnya, or dia takut Ain akan pergi pada orang lain.
Mengikut daripada pengalaman orang yang dah kahwin (yg selalu bercerita pada ZUra, Abg AG contohnya), katanya banyak bezanya antara berkahwin dan bercinta ni. Bila berkahwin keduanya saling bergantung, saling memerlukan, lebih menyayangi, lebih dihargai etc... tak nak ke Ain rasa semua2 tu =) Kalau nak dikatakan tak bersedia, ZUra rasa sampai bila kita tak bersedia sebab kita tak buat persediaan apa2pun untuk ke arah itu.
Jadi fikirkan kembali ye.. |
17 Sept 2007 |
 |
|
 |
|
 |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
 |
| |
Saya tension betul ngan keje baru saya.. Gaji dah la ciput tapi kena keje lebih masa.
Overtime tak dpt payment lak tu.. So,sis Zura.. Tolonglah bagi sikit nasihat pada saya...
Ni keje first saya since saya grad..
Kiriman : Atie
|
| |
 |
Bayangkan Atie, kat luar sana tu ada hampir 300 ribu graduan yang menganggur.
Awak antara yg bertuah tau sebab dah dapat kerja. Kalau nak ikutkan, kat mana2 tempat kerja ada masalah, tapi semuanya bergantung kepada diri sendiri mcm mana nak handle.
Saya pernah lalui apa yg atie rasa, tapi sematkan dalam hati kat sinilah titik tolak untuk kita membina kerjaya. Ingat kata pepatah, bersusah-susah dulu, bersenang2 kemudian. Mungkin hari ni atie jadi kuli, tapi esok2… ?
Nak masuk keje je, mulakan dengan hati yang bersih, baru seronok nak buat keje kan…
apapun enjoy selalu ye =) |
16 Julai 2007 |
 |
|
 |
|
 |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
 |
| |
Saya cuba majukan diri dalam kerjaya sebagai pembantu doktor di sebuah klinik swasta.
Tugas saya buat invois bulanan dan bantu doktor dalam menguruskan klinik.
Masalahnya, setiap hari saya merancang aktiviti dan tugasan saya.
Tapi tak pernah saya ikut perancangan tersebut. Macamana ni??
Kiriman : Natasya Bt Md Sarif
|
| |
 |
Cuba Natasya fikirkan... apa faedahnya jika kita merancang tetapi tidak mengikut perancangan yang dibuat? =) Natasya perlu lebih fokus. Setiap pagi sebaik sahaja bangun tidur cuba fokuskan minda anda tentang perancangan seharian. Sebelum Natasya tidur pula cuba fikirkan dan analisa semula kegiatan seharian anda.
Berjaya mengikut perancangan? Tidak? Apakah yang telah membuat anda hilang fokus?
Satu lagi, pada pendapat Zura elemen paling penting yang perlu ada dalam diri kita ialah sikap konsisten. Konsisten itu sangat penting untuk memastikan yang sesuatu benda yang kita buat tu dapat direalisasikan 100%.
Cuba bayangkan, walaupun suatu hari itu kita bekerja dengan keras dan terurus, tetapi esok lusa kita kembali kepada sikap malas, at the end of the day sukar nak nampak hasilnya.
Walau apa pun Zura memang respect sangat kat Natasya sebab bekerja dalam industri mulia yang dapat membantu masyarakat. Zura harap ini dapat Natasya jadikan sebagai motivasi untuk lebih berjaya kelak |
27 Jun 2007 |
 |
|
 |
|
 |
|
| |
 |
| |
Macam mana nak ubah penampilan?
Saya ni kekadang fesyen macam old fashion la..
Pastu rambut plak ikal pendek.
Serba salah nak mengayakannya, sudahnya ikat rambut je..
Ape pendapat kak zura tentang masalah saya ni?
Tolonglah, saya dah tak tau nak buat ape..
Kiriman : Lyssa Amiera
|
| |
|
 |
|
| |
| [ Kembali ke atas ] |
|
|
|
|