Sekitar sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008

Jay telah menghadiri sidang media Majlis Pengumuman 5 Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 pada hari Rabu 18 Februari, bertempat di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan.
Masa Jay sampai, memang dah ramai wakil media yang hadir, termasuklah artis-artis yang dah memenuhi ruang legar Unity Ballroom. Sebelum, Jay sesat sikit, sebab tak tahu mana letaknya Ballroom tu. Tiba-tiba, Rosyam Noor pun sampai, dia pun tak tahu macam mana nak ke bilik tu, kita orang berdua la mencari-cari, sampai jumpa. Terima kasih Rosyam, sebab teman Jay yang sorang-sorang time tu...
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh dua orang emcee, penyampai Hot FM iaitu Faizal Ismail dan Fara Fauzana. Maklumlah, stesen Hot FM kan jadi radio rasmi ABPBH2008…
Pada jam 4 petang, majlis mengumumkan 5 finalis anugerah tersebut, dan pengumuman dibuat oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd YB Dato Manja Ismail, yang juga Penanung Jawatankuasa Pengelola ABPBH2008. Dan Jay diberitahu, senarai Top 5 yang dipilih adalah berdasarkan undian paling banyak dari pembaca Berita Harian.
Sebelum kelima-lima finalis diumumkan untuk semua kategori, Dato Manja mengumumkan dulu senarai penaja anugerah itu dan juga Siri Jelajah ABPBH2008.
Jay turut membuat lintasan atau ‘crossover’ menerusi telefon terus ke studio Hot FM bagi memberi maklumat terkini mengenai pengumuman yang dibuat.
Lepas habis pengumuman, ada sedikit hiburan menerusi Sketsa Bintang Idola Berita Harian yang dipersembahkan, sebelum sesi bergambar bagi kesemua finalis. Tetamu, wakil media dan juga artis turut dihidangkan dengan jamuan ringan. Dan sekitar jam 530 petang, majlis pun tamat. Jay terus la bergegas pulang ke ofis. Sampai sesat jalan, sebab salah masuk junction. Haih...
Berikut adalah finalis untuk kesemua 16 kategori yang dipertandingkan:
1. Pengacara TV Lelaki Popular1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Haji Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Faizal Tahir
2. Pengacara TV Wanita Popular1. Abby Fana
2. Cheryl Samad
3. Fara Fauzana
4. Juliana Evans
5. Nurul Alis
3. Penyampai Radio Lelaki Popular1. AG
2. Aznil Nawawi
3. Faizal Ismail
4. Kieran
5. Khairil Rashid
4. Penyampai Radio Wanita Popular1. Abby Fana
2. Fara Fauzana
3. Leeya
4. Linda Onn
5. Nana
5. Artis Komedi Lelaki Popular1. AC Mizal
2. Afdlin Shauki
3. Nabil
4. Saiful Apek
5. Zizan
6. Artis Komedi Wanita Popular1. Amyza Adnan
2. Kenchana Dewi
3. Noorkhiriah
4. Ruminah Sidek
5. Sheila Mambo
7. Artis Baru Lelaki Popular1. Aiman
2. Fizzow Omar
3. Nabil
4. Nubhan
5. Riz
8. Artis Baru Wanita Popular1. Ayu OIAM
2. Lisa Surihani
3. Sari Yanti
4. Scha
5. Stacy
9. Penyanyi/Artis Nasyid Popular1. Aiman
2. Akhil Hayy
3. Hijjaz
4. Rabbani
5. Raihan
10. Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular1. Estranged
2. Fabulous Cats
3. Hujan
4. M. Nasir & Malique
5. Meet Uncle Hussain
11. Penyanyi Lelaki Popular1. Adam
2. Aizat
3. Amy Search
4. Mawi
5. Nubhan
12. Penyanyi Wanita Popular1. Elyana
2. Jaclyn Victor
3. Mila
4. Siti Nurhaliza
5. Stacy
13. Pelakon Filem Lelaki Popular1. Farid Kamil
2. Que Haidar
3. Rosyam Nor
4. Rusdi Ramli
5. Saiful Apek
14. Pelakon Filem Wanita Popular1. Erra Fazira
2. Liyana Jasmay
3. Maya Karin
4. Sharifah Amani
5. Vanidah Imran
15. Pelakon TV Lelaki Popular1. Aaron Aziz
2. Aqasha
3. Ashraf Muslim
4. Fahrin Ahmad
5. Rosyam Nor
16. Pelakon TV Wanita Popular1. Abby Abadi
2. Diana Danielle
3. Dynas
4. Fasha Sandha
5. Rita Rudaini