1. Anda diberikan peluang untuk menamakan diri sendiri.
Nama baru anda adalah…
Tanak tuka nama ;P
2. Katakan anda seorang pengarah filem.
Tajuk filem box office terbaru anda adalah...
Nak saya arah filem?!!! Confirm tajuk pun tak lepas…
3.Anda merupakan seorang komposer terkenal.
Berikan tajuk lagu berserta lirik daripada lagu hit terbaru anda...
Twinkle twinkle little star…
How I wonder what you are…
(Eh dah ada ke lagu ni? Haha, terbiasa menyanyi kat nak buah)
4. Nada dering telefon yang anda gunakan ketika ini?
Hehe..mestila lagu tema THE SIMPSONS =)
5. Lagu yang menjadi pilihan anda ketika KARAOKE…
Maha Karya Cinta….eheh…
6. Takut hantu tak? Pernah ada pengalaman yang mengerikan?
Takla takut sanngat, tapi ngeri gak arr..
Masa tu umur 10 tahun, jalan balik dari psar malam tengah malam dengan sepupu...
Sekali nampak ada orang tepi jalan berbungkus duduk depan rumah dia atas tong minyak, muka dia terbakar
Bila dah balik rupa-rupanya sepupu saya cakap orang rumah tu dah mati pasal dia bakar diri dia…
7. Katakan anda boleh bertukar badan dengan penyampai Hot FM yang lain untuk sehari. Anda nak menjadi siapa?
Hmmm….azura kut...
Gile ar minah ni, makan setengah lori pun badan maintain je.
Nak tau, cepat sangat ke system penghadaman dia…
Kalau tak pun anne, nak tau..macamana perasaan dunia tu dari sudut pandangan rendah….haha
8. Kenangan paling HANGAT sejak anda bertugas di Hot FM?
Orang berebut nak ambik gambar, mintak autograph…macam tak caye….
yo yo–o je
Rasanya mestila dapat melancong dengan member-member Hot ke Bali!!!!
9. Berikan nama samaran “BARU” untuk mereka ?
Fara - Suara Jantan
Faizal - Tuan Haji
Tini - Kakak Kaunselor
Azura - Perut Tong Ag - Tuan Haji Junior
Leya - Kak Pah Pagar Jarang
Anne - A.K. (Jangan tanye maksud dia)
Ikhwan - Bong-ok
Suraya - Susu Basi
Hot FM Zon
Isnin - Jumaat :: 10pm - 2am Klik sini...
Carta Hot FM Two-O
Sabtu :: 9pm - 11pm Klik sini...
Nama:
Muhamad Fikhrie Mohd Dahari
Tarikh Lahir:
24 Jun 1982
Asal:
Petaling Jaya
Status:
Bujang trang tang tang
(Elyana bila nak masuk meminang?)
Hobi:
Mengumpul setem, membaca, melancong, mendengar muzik (jawapan standard budak sekolah rendah daaa…..)
Siri TV / Drama / Filem:
Dunia baru 3, Gangstarz: On the Spot
Muzik Kegemaran:
Semua layan, janji sedapppp! Memandangkan Britney dah gila, huhu, saya terus tukar suka lagu @ kumpulan emo plak, my chemical romance, daughtry, keith urban, bic runga pun layan gak…
Siri TV Kegemaran:
Theee simpsoooooonnsss………
(nyanyi macam lagu dia tu)
The ugly betty, Dolu-dolu suka
x-files…tapi dah takde =(
Filem Kegemaran:
My best friends wedding… Sinetron Indonesia & Telenovela
(kira gak ke? Boleh la)