E-Hot Xtra

2 Kali Kalah Di Pentas Battle, Sixth Sense !

oleh Editor | Dikemaskini pada


 

 

 

Rancangan realiti hangat yang sedang melanda industri hiburan tanahair, Versus meneruskan rentak muzik mereka semalam dalam konsert ketiga. Dalam pusingan battle, sekali lagi Sixth Sense berjaya mendapat undian tertinggi minggu ini lantas menemukan mereka dengan pesaing baru, kumpulan Black Parallax.

 

 

Kumpulan Sixth Sense yang menampilkan Adi selaku vokalisnya menyanyikan lagu Tak Bisa Memilihmu manakala Black Parallax mendendangkan lagu Mula. Persembahan mantap kedua-dua kumpulan menyukarkan para juri membuat keputusan. Black Parallax dipilih menjuarai ‘battle’ tersebut dan membawa pulang wang tunai RM 5000.

 

 

Vokalis Sixth Sense, Adi bertanyakan mengenai perasaannya selepas konsert semalam. Adi mengakui tewas dalam kedua-dua battle sebelum ini tidak memberi sebarang impak pun terhadap prestasi kumpulan mereka.

 

 

“ Kami di sini adalah untuk buat persembahan dan menghiburkan peminat. Kami tak rasa apa-apa pun kalah dalam ‘battle’ malam ini. Untuk minggu akan datang, kami akan tampilkan susunan muzik yang lebih kreatif lagi “, kata Adi mengulas lanjut mengenai komen juri Monoloque yang ingin mereka beri lebih lagi.

 

“ Kami nak ucapkan terima kasih kepada peminat yang datang dan undi Sixth Sense sampai boleh berada di tahap ini. Kami teruja dan bila dapat tahu terpilih lagi untuk battle minggu ini dan dapat undian tinggi, kami ‘speechless’. Sekali lagi, kami hargai segala sokongan yang kami terima “, ujar Adi.

 

 

Reaksi Sixth Sense bila mana juri tetap, Jennifer Thompson memuji mereka kerana benar-benar menyahut cabaran minggu ini. Kata Adi, strategi mereka selepas ini adaah untuk lebih bermain dengan rentak dan kepelbagaian komposisi muzik untuk tampil lebih segar dan kreatif dalam masa yang sama mengekalkan keaslian sesebuah lagu itu.

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?