E-Hot Xtra

A&A Kahwin Hujung Tahun ini.

oleh Editor | Dikemaskini pada


 

Selepas lapan bulan menyulam cinta dan kasih sayang, penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz memberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan pelakon Anne Ngasri dalam masa terdekat ini.

 

"Setiap orang yang bercinta mesti ada rancangan nak ke peringkat yang seterusnya, sama dengan Alif. Kami nak juga rasa bahagia. InsyaAllah dalam masa terdekat ini atau hujung tahun ini kami akan bernikah tetapi semua itu ditentukan oleh Allah,"katanya kepada Pancaindera ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama D Haja di Shah Alam.

 

 

Ujar Aliff, dia berharap semua orang terutama pihak media, dan peminat-peminatnya dapat memberinya dan Anne ruang dan masa untuk mereka merancang dan melaksanakannya.

Aliff kemudianya ditanya samada ada atau tidak masalah terutamanya persefahaman kerana perbezaan usia mereka yang ketara iaitu Aliff berusia 21 tahun manakala Anne berusia 26 tahun.

 

 

"Perbezaan usia antara kami itu satu perkara yang tak perlu dipersoalkan kerana tidak dinyatakan dalam mana-mana hukum bahawa orang muda tak boleh mendirikan rumah tangga. Bagi saya yang masih baru dalam industri dan nak mencipta nama, saya yakin aka nada tempat di hati para peminat untuk saya," katanya dengan nada yakin.

 

Tambahnya lagi, dia tidak takut jika hilang peminat apabila sudah berkahwin nanti kerana percaya peminat setia akan tetap menyokongnya walaupun dia sudah berumah tangga.

 

Sementara itu, ibu kepada tiga cahaya mata Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4, dan Maszhara Afroza, 2, yang ditanya mengenai perkara yang sama, ringkas berkata, "Saya tak nak cakap lebih-lebih. Takut takbur. Kalau ada hujung tahun ini, InsyaAllah saya beritahu".

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?