E-Hot Xtra
oleh Scarlett Wolsey | Dikemaskini pada 29/06/2012 17:53:00

Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi mengumumkan di akaun Twitter rasminya bahawa Osman Kering telah meninggal dunia sebentar tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
Berita ini diterima menerusi panggilan telefon oleh isteri Osman Kering kepada Zed Zaidi. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Osman Kering. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah