E-Hot Xtra

Awal Sah Ganti Dira Untuk Melodi!

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada


Bermula Jun ini, Melodi akan memperkenalkan kemunculan duo baru, Zizan Razak bersama Awal Ashaari sebagai pengacara program sensasi Melodi!

 

Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Gafar, "Selepas perbincangan dalaman dan berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang telah dilakukan beberapa bulan sebelum ini, pertukaran muka hadapan Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan. Kami yakin dengan bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri dalam meredakan suasana setelah paparan panas dan sensasi dihidangkan.

 

"Kami percaya setiap pengacara dianugerahkan dengan bakat yang berbeza dan mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Bukan sekadar bertumpu kepada gurauan dan usikan semata-mata, jika diberi peluang, gandingan Zizan dan Awal mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton."

 

Azman mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Dira Abu Zahar yang telah berkhidmat sebagai pengacara bersama Melodi sejak Mac tahun lalu hinggalah penghujung bulan Mei ini.

 

"Selepas berbincang dan melalui persetujuan bersama, kami akur dan menerima keputusan Dira untuk mengundur diri kerana ingin lebih menumpukan masa dan tanggungjawab kepada pelajaran dan juga perniagaannya. Pihak produksi dan TV3 akan terus menyokong Dira yang sememangnya berbakat bukan sahaja di dalam bidang pengacaraan malah juga lakonan."



Tambah Azman, pihak penerbitan tidak mahu masyarakat mahupun para penonton setia Melodi beranggapan bahawa transisi ini adalah satu perkara negatif ataupun berlaku kerana ada ketidaksefahaman antara pihak terbabit.

 

"Ini merupakan perubahan yang perlu dilakukan demi memastikan penjenamaan Melodi dan pengisian kandungannya akan terus diperbaharui, relevan dan menepati kehendak citarasa jutaan penonton.

 

"Pembaharuan seperti ini berlaku untuk semua program TV3 bukan sahaja Melodi malah jika diperhatikan dengan teliti; pihak kami juga pernah membuat pembaharuan dari segi penerbit, wartawan penyiaran, kandungan dan penerbitan itu sendiri. Oleh itu, pertukaran pengacara sepatutnya tidak menjadi isu sementelaah ianya merupakan tradisi yang positif."

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?