E-Hot Xtra

Tahniah!

oleh Editor | Dikemaskini pada


CAPAI 2 JUTA PENGGUNA BERDAFTAR!


13hb Feb 2012 – Portal video pintar Tonton mencatat kejayaan luar biasa dengan lebih 2 juta pengguna berdaftar. Tonton, portal video ulung negara, menawarkan penerokaan dunia teknologi penyiaran terkini melalui sumber di hujung jari. Angka 2 juta pengguna berdaftar ini telah direkodkan melalui laman web www.tonton.com.my pada hari ini dan semakin meningkat kini.

 

Menampilkan pelbagai rancangan drama, dokumentari, program bual bicara dan lain-lain, Tonton menawarkan pengguna dengan pilihan saluran televisyen antaranya TV3, ntv7, 8TV dan TV9 selain rangkaian saluran online seperti KRU TV, GUA TV serta Tonton Eksklusif dan Tonton Korean. Malah, penyertaan saluran radio milik Media Prima Berhad turut memberi lebih pilihan buat pengguna melalui siaran One TV, Hot TV dan Fly TV.

 

 

Kejayaan portal video Tonton yang menjangkau usia 1 tahun pada bulan Ogos yang lalu membuktikan arena dunia siber kini mendominasi gaya hidup dan sumber hiburan umum tempatan.

 

Selain laman web, Tonton juga membekalkan kandungan video secara ‘mobile’ di m.tonton.com.my.

·         iOS 4 dan ke atas - iPhone, iPad, iPod Touch

·         Android 2.2 dan ke atas – Telefon Pintar Android dan Tablet

·         Blackberry 6 dan ke atas – Telefon Pintar Blackberry dan Tablet

 

Sertai komuniti Tonton sekarang melalui pendaftaran di www.tonton.com.my dan terokai dunia teknologi penyiaran terkini!

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?