E-Hot Xtra

Cadangan Waktu Perjalanan oleh PLUS

oleh Nur Jamalina | Dikemaskini pada


Hai, salam sejahtera, saya Jay!

 

Sempena Aidilfitri ini, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan balik kampung mereka , berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan yang dikeluarkan PLUS. Ini memandangkan sebanyak 1,4 juta kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya PLUS setiap hari menjelang  cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri, peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang dicatatkan pada hari-hari biasa.

 

 

PLUS menjangkakan orang ramai di Lembah Klang  akan mula bergerak ke kampung masing-masing pada 16, 17 dan 18 Ogos (16 Ogos diisytihar cuti sekolah seluruh negara). Bagi orang ramai yang menuju ke destinasi-destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang, mereka disarankan supaya memasuki lebuh raya lebih lewat.

 

Jadual diatas juga turut merangkumi perjalanan orang ramai pada hari cuti Hari Kemerdekaan, serta ketika orang ramai pulang semula ke Lembah Klang.

 

Selain itu, pengguna lebuh raya yang menggunakan sistem pembayaran elektronik berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 30% pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos. Ini untuk menggalakkan orang ramai bergerak di luar waktu puncak dan beralih kepada sistem elektronik.

 

Dan , semua lorong tambah nilai di plaza-plaza tol akan ditutup pada 17 hingga 26 ogos bagi melancarkan trafik di plaza-plaza tol. Walau bagaimanapun, kaunter khidmat pelanggan di plaza tol terpilih di sepanjang lebuhraya PLUS berooperasi seperti biasa dari jam 7 pagi hingga 8 malam/10 malam setiap hari.

Dalam pada itu, kaunter Reload N Go dibuka pada 17 Ogos hingga 2 September di 25 stesen minyak terpilih di sepanjang lebuhraya PLUS bagi memudahkan orang ramai menambah nilai kad PLUSMiles atau Touch N Go mereka.

 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS menerusi :

1.     Talian bebas tol 1-800-88-000

2.     Laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik

3.     Papan tanda elektronik

4.     Laporan trafik oleh Hot FM

 

Selamat memandu, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?