E-Hot Xtra

Caroline Juara Mentor

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada


Mentor 6 tiba ke penghujungnya malam ini dengan Ella dan Caroline dinobatkan sebagai juara. Keputusan yang tepat berdasarkan persembahan pada konsert akhir. Konsert akhir musim ini dibarisi pasangan Anas / Faizal Tahir, Caroline / Ella dan Zatul / Ogy Ahmad Daud yang telah layak ke tahap ini setelah mengharungi persaingan dari peringkat kumpulan dan 2 konsert separuh akhir.

 



Sistem pemarkahan yang sama telah dikekalkan yang mana 50% daripada markah datangnya dari Juri Profesional, 30% dari Undi SMS dan baki 20% dari Juri Awam. Juri Tetap, Dato' Ramli MS dan Dato' Sharifah Aini meneruskan tugas mereka diiringi dengan Juri Jemputan, iaitu Amy Search dan komposer terkenal, Azmeer.

 



Pembukaan konsert akhir Mentor musim keenam telah menampilkan juara dari musim-musim sebelum ini, iaitu Zainal Abidin, Amy Search, Mas Idayu, Ziana Zain dan Erra Fazira. Persembahan yang sangat memberangsangkan, menggambarkan bagaimana mereka mampu bertahan lama dalam industri seni tanahair. Dengan iringan muzik dari pemuzik handalan pimpinan Lok'U, GUA berasa teruja dengan pembukaan konsert ini.

 



Untuk konsert akhir ini, setiap protege telah menyampaikan lagu solo, duet dengan artis jemputan dan 'single' terbaru mereka. GUA lebih memberikan fokus kepada persembahan lagu terbaru para protege untuk menilai peningkatan mereka setelah 3 bulan berada di dalam program Mentor.

 

 


Anas, protege Faizal Tahir telah menyampaikan lagu 'Cinta Muka Buku' (Najwa Latif), duet bersama Hazama dengan lagu 'Selamat Malam' (Faizal Tahir) dan 'single' baru yang bertajuk 'Hanya Dirimu'. Persembahan Anas secara keseluruhannya adalah 'average'. Mungkin kerana sakit tekak yang telah menyebabkan capaian vokal yang kurang memuaskan. Sungguhpun begitu, pujian dari GUA untuk lagu baru. Terserlah karektor Anas dalam lagu tersebut.

 



Caroline pula telah mendendangkan lagu 'My Love' (Justin Timberlake) / 'I Don't Want To Miss A Thing' (Aerosmith) untuk nyanyian solo, duet bersama Azlan Typewriter dengan lagu 'Kau Kekasihku' (Siti Nurhaliza) dan 'single' baru yang bertajuk 'Harus Cintamu'. Secara menyeluruh, Caroline memang menyerlah terutama pada persembahan pertama. Dengan tona suaranya yang unik, Caroline berjaya mengawal vokal beliau dengan baik sungguhpun berdepan dengan masalah yang sama dengan Anas - sakit tekak.

 



Zatul, protege Ogy Ahmad Daud telah menyanyikan lagu 'Pawana' / 'Pelesit Kota' (keduanya Search), duet bersama Ziana Zain dengan rangkaian lagu 'Nakal' (Gigi) / 'Sedang Ingin Bercinta' (Dewa 19) dan 'single' baru yang bertajuk 'Tersihir'. Zatul telah menyampaikan kesemua lagu dengan baik tetapi masih belum menguasai lagu baru beliau. Kurang 'feel' dalam penyampaian, Zatul perlu memberi perhatian dalam perkara ini lebih maju selepas Mentor nanti.

 


Segmen 'Protege Pilihan' telah menampilkan Shaz dengan lagu 'I Want To Break Free' dan Najwa dengan dendangan 'Kisah Hati. Penilaian telah dilakukan oleh Juri Profesional yang telah memilih Najwa sebagai juara kali ini.

 



Sementara pemarkahan dihimpunkan, kumpulan Slam telah dijemput khas untuk menyerikan konsert akhir ini. Mereka telah menyampaikan 3 buah lagu popular mereka dan bergandingan dengan semua protege musim ini. GUA berpendapat yang protege musim ini perlu mengamati bagaimana Zamani mengalunkan vokalnya. Masih sedap didengari, penuh lunak merdu seperti ketika zaman kegemilangan Slam pada era 90-an.

 


Berikut adalah keputusan penuh Mentor 6 :

Caroline - 71
Zatul - 60
Anas -  50

 



Pasangan Ella & Caroline masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100 ribu. Sementara itu pasangan Faizal Tahir & Anas menerima RM30 ribu setiap seorang manakala Ogy & Zatul masing-masing memperoleh RM10 ribu.

 


Akhir kata, GUA ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat, terutama kepada pasangan Ella dan Caroline yang kini bergelar Juara Mentor 6.

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?