E-Hot Xtra

EURO 2012 - SEPARUH AKHIR

oleh Nur Jamalina | Dikemaskini pada


 

Hi, salam sejahtera saya Jay!

 

Kini 4 pasukan sudah layak ke separuh akhir Euro 2012 iaitu Sepanyol, Portugal, Jerman dan Itali. 

 

 

Beberapa fakta mengenai Sepanyol dan Portugal pasukan:

 

  • Separuh akhir esok  merupakan kali keempat menyaksikan pertemuan Portugal dan Sepanyol pada kejohanan besar. Mereka mencatat keputusan seri 1 sama pada saingan peringkat kumpulan Euro 1984. Sejak itu, Portugal mengalahkan Sepanyol 1-0 pada Euro 2004, namun disingkir oleh Sepanyol 0-1 pada pusingan kedua pada Piala Dunia 2010. 
  • Sepanyol mempunyai rekod lebih baik sepanjang pertembungan kedua-dua  pasukan dengan menang 16 kali, manakala Portugal enam kali dalam 34 perlawanan. Namun Portugal memiliki kelebihan psikologi kerana menang pada perlawanan terakhir, 4-0 ke atas Sepanyol pada aksi persahabatan di Lisbon pada November 2010, beberapa bulan selepas Sepanyol bergelar juara Dunia. 
  • Portugal mara ke separuh akhir  dalam tiga daripada empat kejohanan Euro. Selepas kalah 1-2 kepada Perancis pada separuh akhir Euro 2000, mereka muncul naib juara mengalahkan Belanda 2-1, namun tewas kepada Greece pada final. Pada Euro 2008, cabaran Portugal beraksi pada suku akhir apabila kalah 3-2 kepada Jerman.
  • Cristiano Ronaldo, dengan 3 gol dalam dua perlawanan terakhir, kini mengumpul enam gol dalam 3 kejohanan Euro dan berada pada landasan tepat untuk mencipta rekod Portugal. Ketika ini, dia terikat dengan Nuno Gomes, yang menjaringkan gol keenam semasa kalah 2-3 kepada Jerman pada 2008.
  • Ketika menentang Perancis, Sepanyol melebarkan rekod tanpa kalah kepada 18 perlawanan, 17 daripadanya dengan kemenangan. Mereka juga tidak dibolosi dalam 3 perlawanan terakhir dan hanya melepaskan lapan gol dalam 18 perlawanan.
  • Dalam sembilan perlawanan pada kejohanan kompetitif, Sepanyol menampilkan sembilan penjaring berbeza iaitu David Villa, Xavi, Alvaro Negredo, Juan Mata, David Villa, Cesc Fabregas, Fernando Torres, Jesus Navas dan Xabi Alonso.

 

 

All THE BEST kepada kedua-dua pasukan!

 

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?