E-Hot Xtra

EURO 2012 - SEPARUH AKHIR (2)

oleh Nur Jamalina | Dikemaskini pada


 

Hai, salam sejahtera, saya Jay!

 

Satu lagi separuh akhir Euro 2012 bakal menyaksikan pertemuan antara Jerman dan Itali pada awal pagi Jumaat.

 

Fakta kedua-dua pasukan:

  • Jerman mempunyai rekod buruk berdepan Itali dengan hanya menang 7 daripada 30 perlawanan, berbanding 14 yang dimenangi Itali. Tahukah anda…..Jerman tidak pernah menang ke atas Itali sejak 17 tahun lalu! 
  • Lebih memburukkan keadaan buat Jerman, sepanjang menentang Itali dalam 7 kejohanan besar, mereka tidak pernah mengalahkan Azzurri. Ini termasuk kekalahan yang paling diingati 3-4 selepas masa tambahan pada separuh akhir Piala Dunia di Mexico, kalah 1-3 pada perlawanan akhir Piala Dunia 1982 di Madrid dan terbaru kalah 0-2 di laman sendiri iaitu Dortmund pada separuh akhir Piala Dunia 2006.
  • Kelebihan Jerman ialah mereka mencatat 15 kemenangan berturut-turut dalam perlawanan kompetitif sejak kalah 0-1 kepada Sepanyol pada separuh akhir Piala Dunia di Afrika Selatan dua tahun lalu. Penyerang prolifik Jerman, Miroslav Klose dam Mario Gomez telah menjaringkan 19 gol dalam 15 perlawanan, 10 oleh Klose dan 9 oleh Gomez.
  • Itali yang memerlukan penalti untuk mengalahkan England pada suku akhir baru baru ini, hanya menjaringkan 4 gol dalam tujuh perlawanan terakhir mereka. 
  • Pertahanan Itali diakui paling mantap sepanjang Euro 2012 , apabila hanya melepaskan 2 gol dalam 4 perlawanan. Hanya pemain Cesc Fabregas dan pemain Croatia , Mario Mandzukic berjaya membolosi gawang Itali ketika kedua-dua perlawanan seri 1 sama pada peringkat kumpulan.

 

Siapakah yang bakal ke final EURO 2012? Jangan lepaskan peluang untuk menonton perlawanan yang dijangka sengit antara kedua-dua pasukan ini!

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?