E-Hot Xtra

Ezlynn Nak Baby Cepat

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada


Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Hi Hi Bye Bye", Ezlynn yang sudah empat bulan melayari bahtera perkahwinan akui tidak sabar untuk menimang cahaya mata sendiri.

 

 

 

Dipetik daripada mStar, pemilik nama sebenar Azline Ariffin ini memberitahu dia sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu dalam masa yang terdekat ini.

 

"Saya berharap dapat menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini. Puas mencuba tetapi masih belum ada rezeki," ujar penyanyi berusia 31 tahun ini.

 

Ezlynn dan suaminya, Adam Fahmi yang turut merangkap pengurusnya masih tidak berkesempatan berbulan madu kerana terikat dengan kesibukan kerja masing-masing sejak berkahwin pada 21 November tahun lalu. Sudah memilih Eropah sebagai lokasi berbulan madu, Ezlynn dan Adam walaubagaimanapun bakal berkunjung ke Pulau Pangkor, Perak sebagai pra bulan madu sebelum itu.

 

 

Ezlynn turut sempat bercerita tentang "Bola Kampung The Movie" di mana dia merupakan salah seorang artis yang meminjamkan suara dalam filem tersebut.

 

"Saya teruja untuk menyertai produksi ini kerana baru pertama kali meminjamkan suara untuk cerita yang popular seperti "Bola Kampung"," ujarnya walaupun mengakui gementar ketika melakukan proses rakaman suara.

 

"Bola Kampung" yang bakal ditayangkan pada penghujung tahun depan turut membariskan 19 artis lain seperti Deanna Yusof, Afdlin Shauki, Noh Hujan, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?