E-Hot Xtra

Feel Good Run 2012

oleh Editor | Dikemaskini pada

Lebih 80 orang selebriti akan turut serta dalam larian amal ‘FEEL GOOD RUN 2012’ yang akan berlangsung pada hari Ahad, 8 Julai ini di Sri Pentas, Bandar Utama. Antara artis dan personaliti negara yang bakal menyarungkan pakaian sukan dan mengeluarkan keringat untuk tujuan amal serta sempena ulangtahun stesen ntv7 yang ke-14 ialah Ning Baizura, Elaine Daly, Daphne Iking, Vanessa Chong, Yasmin Hani, Vanidah Imran, Naz Rahman, Aidid Marcello, Debbie Goh, William San dan Jasmine Abu Bakar. 

Dengan hanya yuran penyertaan sebayak RM25, para peminat bakal mendapat peluang yang jarang ada dengan berlari bersama idola dan artis kesayangan mereka demi tujuan amal melalui kategori “Run with Celebrity”. Kesemua hasil kutipan untuk acara itu akan disalurkan kepada empat pemanfaat tahun ini - Kiwanis Down Syndrome Foundation, The Pure Life Society, PAWS Animal Welfare Society Malaysia dan Yayasan Chow Kit.

“Kategori yang melibatkan selebriti ini memberi orang ramai peluang untuk mendekatkan diri mereka secara lebih peribadi dengan personaliti terlibat dan larian ini turut memberikan pengalaman menarik yang tidak dapat dibandingkan kepada para selebriti dalam memberi sumbangan mereka untuk tujuan kebaikan,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

“Kami amat menghargai kesudian para selebriti yang sanggup meluangkan masa untuk acara larian amal ini. Ini juga membuktikan kepada seluruh Malaysia betapa mereka amat menyokong acara amal seperti Feel Good Run.” 

Sejak penyertaannnya dibuka secara rasmi pada 21 Mac, larian amal yang semestinya menyeronokkan itu telah berjaya menarik seramai 5,000 orang peserta dalam hanya empat minggu dan secara langsung memecah rekod tahun lepas. 

Peserta dan pengunjung juga akan dihiburkan dengan aktiviti menarik di gerai-gerai khas daripada penaja utama  (Whiskas & Pedigree), pakaian sukan rasmi (Brooks), majalah rasmi (Health Today) serta para pemanfaat bakal turut serta. Makanan burger dan minuman kopi percuma juga disediakan oleh penaja Burger King dan San Francisco Coffee di penghujung trek larian di Central Park yang disediakan berdasarkan mereka yang tiba dahulu.

Empat kategori yang terdapat dalam larian amal ini adalah Feel Good Run - 7 km (13 tahun dan ke atas), Run with Celebrities - 3 km (13 tahun dan ke atas), Costume Fun Run - 3 km (13 tahun dan ke atas) dan Kids Run - 700 m (12 tahun ke bawah).

Tarikh tutup penyertaan yang dijadualkan pada 1 Jun terpaksa diubah kerana sambutan yang begitu menggalakkan. Kesemua pelari yang telah mendaftar akan menerima sepasang kemeja-t, bib mesej dan buku panduan. Sijil penyertaan serta cenderahati akan diberikan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian tersebut.Lebih 80 orang selebriti akan turut serta dalam larian amal ‘FEEL GOOD RUN 2012’ yang akan berlangsung pada hari Ahad, 8 Julai ini di Sri Pentas, Bandar Utama. Antara artis dan personaliti negara yang bakal menyarungkan pakaian sukan dan mengeluarkan keringat untuk tujuan amal serta sempena ulangtahun stesen ntv7 yang ke-14 ialah Ning Baizura, Elaine Daly, Daphne Iking, Vanessa Chong, Yasmin Hani, Vanidah Imran, Naz Rahman, Aidid Marcello, Debbie Goh, William San dan Jasmine Abu Bakar. 

Dengan hanya yuran penyertaan sebayak RM25, para peminat bakal mendapat peluang yang jarang ada dengan berlari bersama idola dan artis kesayangan mereka demi tujuan amal melalui kategori “Run with Celebrity”. Kesemua hasil kutipan untuk acara itu akan disalurkan kepada empat pemanfaat tahun ini - Kiwanis Down Syndrome Foundation, The Pure Life Society, PAWS Animal Welfare Society Malaysia dan Yayasan Chow Kit.

“Kategori yang melibatkan selebriti ini memberi orang ramai peluang untuk mendekatkan diri mereka secara lebih peribadi dengan personaliti terlibat dan larian ini turut memberikan pengalaman menarik yang tidak dapat dibandingkan kepada para selebriti dalam memberi sumbangan mereka untuk tujuan kebaikan,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

“Kami amat menghargai kesudian para selebriti yang sanggup meluangkan masa untuk acara larian amal ini. Ini juga membuktikan kepada seluruh Malaysia betapa mereka amat menyokong acara amal seperti Feel Good Run.” 

Sejak penyertaannnya dibuka secara rasmi pada 21 Mac, larian amal yang semestinya menyeronokkan itu telah berjaya menarik seramai 5,000 orang peserta dalam hanya empat minggu dan secara langsung memecah rekod tahun lepas. 

Peserta dan pengunjung juga akan dihiburkan dengan aktiviti menarik di gerai-gerai khas daripada penaja utama  (Whiskas & Pedigree), pakaian sukan rasmi (Brooks), majalah rasmi (Health Today) serta para pemanfaat bakal turut serta. Makanan burger dan minuman kopi percuma juga disediakan oleh penaja Burger King dan San Francisco Coffee di penghujung trek larian di Central Park yang disediakan berdasarkan mereka yang tiba dahulu.

Empat kategori yang terdapat dalam larian amal ini adalah Feel Good Run - 7 km (13 tahun dan ke atas), Run with Celebrities - 3 km (13 tahun dan ke atas), Costume Fun Run - 3 km (13 tahun dan ke atas) dan Kids Run - 700 m (12 tahun ke bawah).

Tarikh tutup penyertaan yang dijadualkan pada 1 Jun terpaksa diubah kerana sambutan yang begitu menggalakkan. Kesemua pelari yang telah mendaftar akan menerima sepasang kemeja-t, bib mesej dan buku panduan. Sijil penyertaan serta cenderahati akan diberikan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian tersebut.

Para peserta boleh melayari www.ntv7.com.my/feelgoodrun atau menghantar sebarang pertanyaan mereka melalui emel ke feelgoodrun@ntv7.com.my atau hubungi 03-56373821 untuk maklumat lanjut. 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM

TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN

Username

Password

Forgot password?