E-Hot Xtra

Fikir Dulu!

oleh Miss Kaki Gossip | Dikemaskini pada


 

Pelakon, Izara Aishah, 20, menasihatkan agar kedua rakannya, Neelofa dan Anzalna menyelesaikan pertelingkahan mereka dengan baik kerana percaya perkara itu disebabkan oleh perkara kecil. Bagaimanapun, Izara menegaskan dia tidak mahu masuk campur kerana dia tidak tahu cerita yang sebenar.

 

 

 

 

 

“Sebagai seorang rakan yang sama-sama menyertai pertandingan Dewi Remaja 2010, saya ingin menasihatkan supaya Neelofa dan Anzalna menyelesaikan perkara ini dengan baik. Harap mereka berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan fikirkan tentang masa depan. Masing-masing sudah punya nama dalam industri dan segala tindakan yang diambil pasti ada akibatnya di masa akan datang. Lebih-lebih lagu mereka sudah punya nama dan mula dikenali ketika ini,” ujar Izara yang ditemui ketika majlis pelancaran drama ‘Naziha’ dan ‘Bukan Bidadari’ pada Selasa.

 

Dalam masa yang sama, Izara juga mendedahkan konflik di antara kedua-dua orang rakannya itu sudah lama berlaku iaitu ketika masing-masing terlibat dengan pertandingan Dewi Remaja. Namun, dia tidak tahu apa punca perbalahan mereka kerana dia tidak pernah bertanya kerana enggan masuk campur.

 

“Hubungan saya dengan Neelofa dan Anzalna sekarang ini baik-baik sahaja. Kami masih berkawan. Lagipun, saya sudah mengenali Neelofa sebelum kami menyertai pertandingan itu lagi. Kedua-duanya adalah kawan saya. Tetapi dalam hal ini saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Biarlah mereka selesaikan dengan cara sendiri dan mudah-mudahan mereka boleh berbaik-baik selepas ini,” tambah Izara lagi.

 

Sementara itu, bintang ‘Vanilla Coklat’ ini turut meluahkan pendapatnya tentang penggunaan laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Jelas Izara golongan artis tidak seharusnya menggunakan saluran itu untuk menghentam mana-mana pihak atau menyatakan sesuatu yang tidak penting.

 

 

 

 

 

“Memanglah akaun Twitter itu milik peribadi dan terpulanglah kepada pemilik akaun itu untuk menulis apa yang diingininya. Namun, golongan artis ini selalu menjadi perhatian umum. Oleh itu, segala perbuatan atau kata-kata yang diluahkan pasti ada yang membuat penilaian. Jadi, lebih baik berhati-hati kerana bimbang komen atau status yang ditulis mengundang rasa kurang senang atau kemarahan orang lain,” ujar Izara.

 

 

Pesanan Mis Kaki Gossip: tak mau gadoh2 tau... tak suka,tak suka!!

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?