E-Hot Xtra

Guna FB Waktu Pejabat

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada


 

LONDON: Penjawat awam Britain diarahkan melayari web rangkaian sosial Facebook ketika waktu pejabat untuk mengetahui keperluan rakyat.

 

Ketua perkhidmatan awam baru, Sir Bob Kerslake, menulis kepada ketua agensi kerajaan di Whitehall, supaya pekerja dapat berhubung dengan orang ramai dalam laman web rangkaian sosial itu.

 

“Jutaan orang menggunakan media sosial dan cenderung berbual dengan pegawai kerajaan mengenai perkhidmatan awam yang diperlukan dan cara ini memudahkan mereka. 

“Ia boleh berjaya jika ia membabitkan dua pihak yang benar-benar jujur. Ini bermakna, kakitangan awam patut terbabit dalam proses memperluas akses kepada media sosial,” kata jurucakap Kabinet.

 

 

Wakil pembangkang yang juga Pengerusi Konservatif bagi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Bernard Jenkin, menganggap cara itu memberi kebaikan tetapi menuntut supaya sistem terbabit tidak disalahgunakan.

 

“Tiada alasan laman Facebook tak perlu diwujudkan bagi setiap perundingan. Ini adalah cara baik mendapatkan pandangan luar Whitehall,” 

 

Kerslake memberi jabatan berkenaan sehingga September ini, untuk menyesuaikan sistem keselamatan antivirus komputer bagi membenarkan capaian ke Facebook. 

Beliau menyokong pembabitan orang awam menerusi rangkaian sosial dan percaya ia membantu kerajaan berinteraksi dengan penduduk.

 

Beliau mahu pegawai Whitehall meletakkan lebih banyak maklumat ketika rundingan menerusi internet.

 

Memo Kerslake menjurus kepada ribuan kakitangan generasi muda yang mempunyai capaian kepada Facebook sehingga tiga bulan pada satu masa.

 

Mereka yang terbabit dalam rundingan awam, dibenarkan menggunakan laman web rangkaian sosial termasuk Twitter. - Agensi

 

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?