E-Hot Xtra

Hangat Justin Bieber di Malaysia

oleh Miss Kaki Gossip | Dikemaskini pada


 

1.    Sidang media yang dijadualkan pada jam 11.30 pagi hanya bermula pada jam 2.30 petang.

 

2.    Sidang media ini diadakan di Dewan Konvensyen 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pada awalnya, pendaftaran dilakukan di Traders Hotel.

 

3.    GUA difahamkan, sidang media ini merupakan antara sidang media terbesar di Asia Tenggara apabila menghimpunkan ramai media dari rantau ini. Antaranya Filipina, Indonesia dan Thailand.

 

4.    Majlis ini turut memberi peluang kepada peminat bertuah untuk turut sama menyertai sidang media ini.

 

5.    Kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka dengan gelaran ‘Beliebers’ ini difahamkan sudah mula hadir ke lokasi sidang media seawal jam 7 pagi!

 

6.    Peminat yang hadir juga dilihat membawa pelbagai hadiah dan cenderahati untuk diberikan kepada penyanyi kesayangan mereka itu.Antaranya kemeja, beg dan topi.

 

7.    Seluruh dewan konvensyen KLCC bagaikan dilanda histeria di saat Bieber mula memasuki dewan tersebut. Tindakan peminat yang sering kali menjerit juga mengundangrasa kurang senang dari media terutamanya sewaktu sesi soal jawab berlangsung.

 

8.    Sidang media ini juga istimewa apabila Justin Bieber mendendangkan rangkaian beberapa buah lagu secara akustik. Antaranya Baby, Boyfriend, As Long As You Love Me dan One Less Lonely Girl.

 

9.    Bieber turut memanggil seorang gadis ke pentas bersama beliau semasa mendendangkan lagu ‘Boyfriend’. Beliau kemudiannya memeluk gadis tersebut.

10.    Kesemua alat komunikasi termasuk telefon bimbit terpaksa diserahkan kepada pihak penganjur sebelum masuk ke dewan bagi mengelakkan tetamu ‘Tweet’ lokasi sidang media.

 

11.    Sesi soal jawab bersama pihak media berlangsung kurang dari 15 minit.

 

12.    Ramai pihak media terutamanya dari Malaysia kecewa dengan pihak penganjur kerana tidak diberikan peluang mengajukan soalan. Kedudukan media Malaysia yang diletakkan di tepi dewan juga menimbulkan persoalan.

 

13.    Ratusan peminat Bieber juga setia menunggu di luar lokasi sidang media untuk mendapatkan peluang bertemu bintang pop itu.

 

14.    Kemunculan Selena Gomez juga dinantikan tetamu yang hadir. Walau bagaimanapun, kelibat pelantun ‘Love You Like A Love Song’ ini tidak kelihatan sehingga majlis berakhir.

 

15.    Bieber juga turut menerima hadiah istimewa dari pihak MTV. Sebuah gitar dengan koleksi ucapan Twitter peminatnya yang dicetak di gitar tersebut menjadi buah tangan berharga buat penyanyi ini.

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?