E-Hot Xtra

Hujan Mengganas

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada


 

 

Kumpulan suatu ketika dahulu yang pernah dibaling botol kosong serta dilemparkan kata cacian kita masih lagi teguh bertahan di dalam persada seni kini muncul dengan album  terbaru yang berjudul Sang Enemy.

 

Beberapa jam sebelum pelancaran album mereka di Black Box, Publika baru-baru ini, AG Coco yang merupakan guitaris kumpulan Hujan ada 'tweet'  merasakan baru semalam mengajak Noh jamming di Akademi Seni Kebangsaan.

 

Hujan muncul dengan Sang Enemy yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan album mereka sebelum ini menampilkan kolaborasi istimewa bersama penyanyi undangan, Joe dari band The Padangs serta DJ Souljah.

 

"Inilah kelainan yang kami bawakan dalam album Sang Enemy. Kami mahu mengenengahkan muzik metal dan post-hardcore kepada arus perdana. Kami mengenali The Padang dan ini peluang kami untuk bekerjasama dengan mereka." ujar Noh di majlis tersebut.

 

 

 

 

 

 

Mengulas lanjut pemilihan DJ Souljah dalam lagu Ke Selatan, Noh berkata "Semangat keakraban itu menjadi tunjang pemilihan mereka dalam album ini. Hubungan itu sangat utuh. Contohnya DJ 1 2, Wise (Teriyaki Boyz & Urbanslice) dan Tarantula (Spontania & Urbanslice) dari Jepun sanggup menyumbangkan kerja seni mereka demi semangat Asia. Ia yang buat kami sangat terharu."

 

 

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah Janji Kita yang mengetengahkan Yuna yang sedang mencipta nama di Amerika. Elemen rock berat dari lagu tersebut diserikan  dengan dendangan merdu dari Yuna.

 

 

Tidak dinafikan album keempat yang dihasilkan Hujan ini mengambil masa yang agak lama dan begitu teliti prosesnya. Lagu - lagu seperti Rumah Kita, Mana Mungkin, Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur, DBS, Ke Selatan dan Kembara.

 

 

Mereka turut menegaskan yang ini risiko yang perlu diambil oleh kumpulan Hujan kerana sebagai pemuzik, mereka bukan membuat album mengikut kehendak penonton tetapi berharap agar Raingers akan terus menyokong kerjaya mereka.

 

Pada masa yang sama mereka juga ingin membuktikan muzik keras juga mampu menyampaikan mesej positif seperti elemen keamanan dan perpaduan. Hanya lagu DBS atau Dia Bukan Segalanya yang lebih cenderung bertemakan cinta jika dibandingkan dengan lagu-lagu lain.

 

Ketika ditanya mengapa Sang Enemy dipilih, Noh menjawab dengan penuh keyakinan bahawa ia mewakili mereka yang tertindas dan kini bangkit untuk melawan balik.  Hujan juga turut merancang untuk mengadakan jelajah bagi menghargai para peminat mereka.

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?