E-Hot Xtra

KEJOHANAN EURO 2012!

oleh Nur Jamalina | Dikemaskini pada


 

 

Hello, salam sejahtera, saya Jay!

 

Kejohanan EURO 2012 bermula malam ini, dengan perlawanan pertama adalah antara Greece dan Poland.

 

 

Bersempena kejohanan Euro yang bermula jam 12 tengah malam ini, di bawah adalah beberapa trivia menarik mengenai kejohanan EURO.

 

TAHUKAH ANDA… 

 

 

  • Poland dan Ukraine dilantik menjadi tuan rumah bersama untuk final Kejohanan EURO 2012 yang bakal berlangsung dari 8 Jun sehingga 1 Julai, kali pertama kedua-dua negara menjadi hos bersama bagi kejohanan tersebut. 
  • Perlawanan akhir EURO 2012 bakal menjadi yang terakhir menampilkan 16 negara, namun bermula EURO 2016, 24 negara akan dipilih ke perlawanan akhir.
  • Sepanyol dinobat juara EURO 2008, selepas menewaskan Jerman 1-0 di peringkat akhir, dan menjadi negara Eropah kedua memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan, menyamai rekod yang dicatat oleh Perancis pada tahun 1984. 
  • Diadakan setiap 4 tahun sekali sejak 1960, Kejohanan Euro pada awalnya dinamakan sebagai Piala Negara Negara Eropah atau European Nations Cup, kemudian diganti dengan Kejohanan Bola Sepak Eropah atau European Football Championships pada 1968. 
  • EURO 2000 menyaksikan gabungan dua negara menjadi tuan rumah buat pertama kali, iaitu Belgium dan Holland dan berlangsung dari 10 Jun hingga 2 Julai. Belgium pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1972. 
  • Perancis  dinobat juara EURO 2000 selepas mengalahkan Itali 2-1, menerusi gol emas atau GOLDEN GOAL. Gol emas adalah jaringan yang dihasilkan pada masa tambahan , dan secara automatik memenangi perlawanan. 
  • Pada tahun 1968, perlawanan semula peringkat akhir antara Itali dan Yugoslavia terpaksa diadakan selepas berkesudahan dengan 1 sama. Perlawanan semula menyaksikan Itali menang 2-0.
  • Gol terbanyak yang dijaringkan dalam kejohanan EURO adalah pada tahun 1960, di mana Yugoslavia menewaskan Perancis 5-4, yang menyaksikan 9 gol dijaringkan dalam satu perlawanan.
  • Maskot Euro 2012 ciptaan Warner Brothers adalah pasangan kembar bernama Slavek dan Slavko yang mewakili negara tuan rumah Poland dan Ukraine. Slavek dan Slavko dipilih menerusi undian di Internet, mengatasi pasangan Siemko dan Strimko dan pasangan Klemek dan Ladko.
  • Keputusan separuh akhir antara Soviet Union dan Itali pada 1968 yang berkesudahan seri tanpa jaringan, ditentukan dengan balingan duit syiling. Itali ke final selepas meneka balingan syiling dengan betul.

 

All THE BEST kepada semua pasukan yang bertanding!

 

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?