E-Hot Xtra
oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada 19/04/2012 11:00:00

LEE Chong Wei seakan-akan mengundang masalah baru kepada reputasi diri - segala-galanya menjurus kepada tindakan dia gagal hadir ke majlis Anugerah Sukan Negara 2011, kelmarin.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong menyuarakan rasa kesal terhadap gelagat pemain badminton nombor satu dunia itu apabila secara sinis berkata: “Kalau orang yang mungkin berpendapatan RM2 hingga 3 juta setahun, ganjaran RM20,000 ini mungkin tiada nilainya.”
Dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Chong Wei dan juga pegawai kanan Persatuan Badminton Malaysia untuk memastikan jaguh negara itu hadir, tapi kesudahannya dia hanya dipalit kecewa.