E-Hot Xtra

Kumpulan Hujan ROCKSTAR Versus

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada


 

Kumpulan Hujan meraih gelaran ROCKSTAR di Konfrontasi Terakhir Versus yang berlangsung di Space U8 malam tadi. Kumpulan itu meraih hadiah wang tunai RM200,000. 

 

 


Diputuskan menerusi 100% undian SMS, Hujan mengumpul 50.4% undian SMS mengenepikan saingan terdekatnya kumpulan Go Gerila! (49.6%)  di Battle kemuncak dengan mempersembahkan lagu kumpulan legenda, Search.

 

 


Hujan memilih lagu “Pawana”, manakala Go Gerila! menampilkan lagu “Saat Kuidamkan”.

 


Di peringkat awal, kumpulan Hujan mempertaruhkan lagu medley mash-up “Dan Bila Esok” dan “Lamunan Terhenti” serta sebuah lagu baru dari album “Sang Enemy” yang bertajuk “Ke Selatan”.

 



Sementara kumpulan Go Gerila! mempersembahkan lagu “Biso Bonar” dan “Curiga” serta lagu baru yang bertajuk “Hadiah”. Terdahulu kumpulan tersebut muncul sebagai pemenang Battle persembahan minggu lalu menampilkan lagu “Tanpamu” (versi  baru) mengenepikan Black Parallax dengan lagu “Lagu Untukmu” (versi khas).

 

 


Turut bersaing di Konfrontasi Terakhir adalah band Sofazr yang menampilkan lagu “Basikal Tua” dan “Inilah Nasibku”, Black Parallax (“Merisik Khabar” + “Sekadar Di Pinggiran” dan “Aku VS Kamu”) dan 6ixth Sense (“Warisan” + “Fiona” dan “Hossi”)

 



Versus tercetus hasil pemikiran kritis bagi menerbitkan sebuah program realiti yang sangat unik. Program itu memberi ruang kepada peserta untuk mempamerkan kreativiti muzik daripada segenap seni termasuk gubahan lagu, persembahan dan eksperimentasi genre muzik yang berbeza. 

 


Di samping itu, Versus turut memberi peluang kepada ahli band untuk menonjolkan bakat mereka selain vokalis utama band.

 


Amy Search turut hadir selaku juri jemputan bersama dua juri tetap, Jennifer Thompson dan Loque. Lebih 500 penonton membanjiri ruang legar Space U8, Shah Alam.

 

 

Sumber dari gua.com.my 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?